Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

2012-09-04

Aksesori termahal Raya 2012

4 komen
Raya taon ni kami laki-bini, anak-beranak shopping jam tangan... :b
ada rezeki lebih (bonus raya) apalah salahnya kan?...


pegi SP Plaza asalnya nak beli baju raya anak-anak dan jam tangan kat Zafri saje, 
tapi tetiba terberkenan pulak dengan 1 jam yang dorang pamerkan kat situ... 

aku pun cakap kat hubby nak belilah jam satu... 
lagipun dah lama tak pakai jam sejak2 jam dapat time nikah dulu melesap entah ke mana....


pastu, hubby aku pun cakap nak beli jugak... 
maka bermulalah operasi menaburkan duit kat kedai jam tu.. 3 utas jam tangan yang kami beli... 
yang bestnya, jam aku lagi mahal dari jam hubby aku.. muahahaha... 
eh dekat ikram takdo... sebab ikram kecik lagi, pakai jam tangan zafri yang lama jer dah la... 
lagipun dia seronok main tekan2 je... :-)



jantan stail... hahaha


jam kali ni beli yang stail jantan2 sikit... biar hati kebal! hahahaha...
jangan tak tahu, jenis jam pun boleh berikan semangat dan keberanian... 
aku suka jugak jenis yang feminin2 tu, tapi rasa macam rugi bila beli.. 
terpulang pada taste masing-masing lah kan?


2012-09-03

Duit raya lepas seminggu berhari raya

4 komen

Alhamdulillah.. rezeki... 

ingat dah masuk keja ni maka dah takda lah duit raya yang orang nak bagi, tapi CC aku bagi duit raya pulak minggu pertama keja tu.. :-)

 chif bagi 3 sampul... 
kat zafri n ikram yang sampul hijau muda tu - yang Nabil sengih2 tu.. hihi
kat aku pulak yang hijau lumut tu... ;p


anak-anak dapat sorang RM5...  alhamdulillah... rezeki...


aku pulak dapat 20 ringgit... YAhooooo!! *over k!


ni kali pertama dapat duit raya lepas dah lama tak merasa dapat duit raya... huhuhu... sobsobsobsss...
setelah sekian lama dok bagi kat orang, ingat kena tunggu umo 60 baru dapat balik.. hahaha.. tapi Alhamdulillah lah....tak sangka dapat duit raya lagi... gumbira betoi! :-)
kalo aku ada peluang jadi boss nanti nak bagi duit raya kat anak2 buah jugak la.. biar dorang hepiii..
eceli, bukan aku sorang jer yang dapat, semua budak opis dapat... pembantu pejabat yang lagi dua taon nak pencen pun dapat jugak! yang tak kawen lagi pun dapat... haiii..murah rezeki chif taon ni.. hihi..


korang mesti biasa kan dapat duit raya dari Bos?

2012-08-29

WW : Bapa borek, Anak rintik (2)...

3 komen




keja Zafri time malam - malam kalo abah nak kunci tayar motor... 
dibedalnya hanger baju aku buat kunci tayar basikal dia - nak tiru cara abah ler tuu hehhee..
 anakku2... :)

2012-08-26

Bapa borek, Anak rintik

0 komen



gambar ni aku snap masa mula - mula kami pindah duduk di Merbok.  Macam biasa, Zafri mesti nak tolong abahnya pasang penyidai besi...


masa nak buka pun dia tolong, nak pasang balik pun dia tolong... Bertuah ada anak ringan tulang cenggini.. hihi..

2011-10-14

Baru 9 Bulan Lebih Ikram hoiii!!!

5 komen

Sabtu lepas kami 4 beranak balik kampung abah budak2 ni kat perlis..

Abah budak-budak ni dah amik cuti ari Jumaat tu, tapi aku tak.. ingat nak buat half day ari tu, tp tak jadi.. sebab dah ada orang len booking dulu... cissss...

so, pagi Sabtu tu aku bangun kul 530 pagi berkemas2 baju2 yang nak dibawa balik,basuh kain2 serta pinggan2.. ingat leh kuar awal sebelum kul7, tapi kul 730 pagi baru leh gerak.. sempat la makan nasik lemak, kuih2 tak sempat..mkn dlm keta jerr..

anak-anak memang tak mandi la balik pagi tu.. hahaha.. si ikram, dari umah lagi dah jaga takmo tido2.. suke die tengok jalan, tengok keta.. tapi bila dah jemu agaknya, mulalah mengamuk takmo dipegang..

pujuk2 takmo jugak..

rupa2nya,,si ikram ni dah pandai nak duk kat lantai keta!!...

 



sampai muncung mulut... hehe..

dok terpisat-pisat lagi bila nampak kamera..




ikram amik tisu ni ha...

anak2...anak2...

macam2 gelagat.... tergelak2 aku masa susun2 gambar2 ni...

abang dia dulu; si zafri start main kat lantai keta lepas dah setahun...

hehe..

anak2...anak2...macam2 ada!!


2011-10-05

Dah Lama Tunggu nak Redeem Scoop Susu ANMUM ESSENTIAL untuk dapat susu 500grams percuma!!!! Yess!! Dia suda mariiiiiiiii..........................

0 komen


dia datang lagi membantu menyelamatkan wang saku ku!!!










hujung scoop sudu yang sudah selamat dikopek2..










25 pieces ~ jumlah maksimum yang boleh ditebus!!



sengaja susun begini untuk snap gambar supaya bila diorang call nanti aku tak lupa pulak..



jadi kes cam tahun lepas,diorang call time keje,, dan aku pulak ingat-ingat lupa berapa pieces aku submit..





mujur ada snap dan publish kat blog yang sangat kusayangi ini... berjasa betul blog ni..

kalo tak,,,dah kompom kumpul-kumpul sudu pastu pos.. pastu tak ingat dah... hehe..










oh ya!! scoop ni aku tebus untuk dapatkan susu Anmum Essentials untuk Zafri..








ANMUM ESSENTIALS

25 pieces = 5 kotak 500grams (Madu)



5 kotak = RM 125.00



SAVE!!!







p/s : tunggu call jer arr lepas ni! ('' ,)

2010-11-23

call yang ditunggu-tunggu!

3 komen

salam..

hihihi.. ni tengah ber-riang2 dalam hati ni!!

bukan apa, tapi tengahari tadi saya dapat call dari ANMUM CLUB.. yippiee!!

sbg makluman, sebelum hujung bulan 10 lepas saya ada hantar borang nak tebus susu percuma Anmum Essential langkah 3 (1 thn ke atas) bersama-sama hujung scoop asal susu kpd ANMUM CLUB.. ingat lai 2-3 bulan baru nak dapat susu percuma tu, tapi tak sangka dalam 3 minggu aje, diorang dah call tanya..

borang yang dihantar untuk tebus susu percuma.

tapi saya rasa confius sebab diorang tanya jumlah scoop yang dihantar untuk ditebus.. eh, takkan hilang scoop susu tu? oh, rupa-rupanya diorang saje nak kompom!! ermmm.. masa nak hantar tu saya ada kira, tapi dah lupa lah!! jadi, cakap ajelah 18! tapi saya rasa dan ingat2 pun macam 18 kut... nak dapat 3 kotak susu percuma.. mungkin betullah kot, sebab lepas tu, diorang takde tanya-tanya lai..

sikit aje, harap-harap betul 18 keping..

lepas tu, diorang kompomkan pulak alamat destinasi yang saya bagi tu.. diorang cakap takut SkyNEt cari tak jumpa atau takder orang.. hehehe.. eceli, saya bagi alamat kampung, umah mak sebab nanti nak balik cuti bersalin kat sana.. jadi, dah nama pun cuti bersalin dan berpantang, kompom saya akan sentiasa berada di umah! insyaAllah.. hihi..

lepas tu, dia mintak pulak nombor telefon husben saya.. bagi jangan tak bagi!! susu percuma punya pasal.. takder keraguan lai!! :-p

last sekali, dia gitau bahawa penghantaran akan dilakukan dalam masa 3 minggu dari sekarang. Alhamdulillah.. rezeki..


p/s ~ tahun lepas ada terbaca kat blog mamalieyna pasal tebus susu percuma ni, lepas dah tahu, terus berazam kumpul scoop2 susu anak! nasib baik tebus-menebus masih diorang buat tahun ni, kalo tak, penat saya ngumpul! hee...tak sabar nak tunggu SkYnet mai umah! :-)
tengkiu ANMUM!.

2010-10-11

bila lah nak rajin ni!!!

0 komen

baby stuff.
percaya tak korang yang aku tak basuh-basuh lagi baju-baju ni? takpe.. esok pagi aku basuh! kesian pulak kat anak..


Ping entry

My Ping in TotalPing.com