Showing posts with label MerdekaRaya. Show all posts
Showing posts with label MerdekaRaya. Show all posts

2012-09-04

Aksesori termahal Raya 2012

4 komen
Raya taon ni kami laki-bini, anak-beranak shopping jam tangan... :b
ada rezeki lebih (bonus raya) apalah salahnya kan?...


pegi SP Plaza asalnya nak beli baju raya anak-anak dan jam tangan kat Zafri saje, 
tapi tetiba terberkenan pulak dengan 1 jam yang dorang pamerkan kat situ... 

aku pun cakap kat hubby nak belilah jam satu... 
lagipun dah lama tak pakai jam sejak2 jam dapat time nikah dulu melesap entah ke mana....


pastu, hubby aku pun cakap nak beli jugak... 
maka bermulalah operasi menaburkan duit kat kedai jam tu.. 3 utas jam tangan yang kami beli... 
yang bestnya, jam aku lagi mahal dari jam hubby aku.. muahahaha... 
eh dekat ikram takdo... sebab ikram kecik lagi, pakai jam tangan zafri yang lama jer dah la... 
lagipun dia seronok main tekan2 je... :-)



jantan stail... hahaha


jam kali ni beli yang stail jantan2 sikit... biar hati kebal! hahahaha...
jangan tak tahu, jenis jam pun boleh berikan semangat dan keberanian... 
aku suka jugak jenis yang feminin2 tu, tapi rasa macam rugi bila beli.. 
terpulang pada taste masing-masing lah kan?


2012-08-31

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

0 komen

Woohoooooooo!!!!

Hari ni tanggal 31 Ogos 2012 bersamaan dengan hari Jumaat 13 Syawal 1433H negara kita sekali lagi; untuk kali ke-55 menyambut Hari Kemerdekaan! Alhamdulillah..syukurrrr...

Setiap tahun negara kita menghasilkan kejayaan demi kejayaan.  Mana tak bangga... Tiap kali bertambah bilangan tahun kemerdekaan, setiap kali juga entah berapa kejayaan yang kita telah pahatkan.. ;) 

Semoga negara kita terus kekal menjadi negara yang merdeka dan berdaulat - terus maju dan bertambah makmur... Terima kasih kepada para pemimpin, para atlet, para usahawan, para pelajar, para pekerja awam dan swasta, semuanya! Terima kasih..

jom sama-sama kekalkan apa yang kita miliki dan nikmati hari ini dan teruskan kecemerlangan!!!


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-55!!! 



p/s: mood hepii!!!


Ping entry

My Ping in TotalPing.com