Showing posts with label My Ofis BP. Show all posts
Showing posts with label My Ofis BP. Show all posts

2012-09-01

berlakon ~ Mulanya Di Sini...

3 komen

Awal tahun ni - 2012 masa aku kat tempat keja lama, ada krew-krew tv mai buat shooting.  Time tu adalah Hari Pendaftaran kemasukan pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9 Tahun 2012... krew tu duduk dalam seminggu buat shooting di kem... 


Al kisah, aku terpaksa kena 'berlakon' dalam citer ni... takda dialog rasmi sebaliknya dialog aku sendiri yang memang aku selalu cakap kat pelatih bila dorang mai melapor kat meja aku.  jadi takda masalah nak hafal dialog bagai la kan... berlakon pun dudok je.. muka pun tak tahu le nampak ke idok.. takpun just dengar sora jer.. memang patut tak dapat bayaran.
kalo nak tengok aku 'berlakon' tu silalah tengok tv... ;p
meh baca sikit sinopsis...
.
.
.

Mengetengahkan pelakon cantik, Miera Liyana di samping Zain Saidin, Abby Abadi, Rahim Omar dan Farid Wari, drama ini akan disiarkan mulai 30 Ogos ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.05 petang menerusi saluran TV1.

Kisah yang berkembang dengan watak Alya lakonan Miera Liyana, remaja daripada keluarga kaya yang hidup dengan dilimpahi segala kemewahan.


Alya bertuah kerana segala kehendaknya pasti ditunaikan keluarga. Akibat terlalu dimanjakan ibu bapanya, Alya tidak pernah melakukan kerja berat dan memberontak sekiranya kehendak hatinya tidak dipenuhi.


Konflik mula timbul selepas Alya tamat peperiksaan SPM dan ditawarkan menyertai kursus PLKN. Oleh kerana takut dipenjarakan, Alya terpaksa menjalani kursus itu walaupun dia langsung tidak berminat untuk menyertainya.

Sepanjang Alya berada

di PLKN, pelbagai masalah terpaksa diharungi dan dia banyak mempelajari erti kehidupan sebenar dan perubahan ketara dilihat ibu bapanya selepas Alya pulang daripada menyertai PLKN.


Dapatkah Miera Liyana menghayati watak yang berlainan daripada karakter dirinya yang sebenar? Apakah pula pengajaran yang bakal diperoleh golongan remaja dalam drama ini? Saksikan kesudahannya hanya di TV1.



2011-10-07

Jamuan APC siapa???

0 komen
jamuan APC siapa???

2010-08-02

Aku boleh relek..

2 komen

igt lai tak? igt lai tak??

ujian kecergasan


sekarang aku dah boleh releks..
tak payah dah buat bende ni sume..
sebab aku kan pegnen...
hahahaha... (gelak jahat!)

lepas bersalin thn depan, wait lai setahun pulak baru bleh buat aktiviti nie..
relek.... relek.... huahuahua....

p/s~ amik kesempatan yang ada snap gambar kengkawan buat test..


2010-07-07

Wahhh!!!...cuti sokmo!

1 komen
ini hari aku and cik abang bercuti!!! bukan sendiri amik cuti, tapi memang kitorang, member opis malah seluruh warga pekerja kat Penang nie bercuti!! tapi kalo warga pekerja swasta tue, kemungkinan besar tengah bekerja ini hari!! alah... takder hal kan? asalkan tripple.. :-)

nak tahu cuti sebab ape?? hah..nie sempena pengisytiharan GeorgeTown sebagai salah satu 'Tapak Warisan Dunia'! walaupun aku dok Balik Pulau, tapi cuti jugaklah weiii!! satu Penang gitu.. lai pun.. siapalah Penang tanpa tempat bernama Balik Pulau... hihi..

tapi aku heran jugak, nape cuti nie takde tercatit dalam kalender?

so,,kepada korang yang tengah bekerja tue, Selamat Bekerja!! bekerjalah untuk negara, bercutilah untuk kembali bekerja! hahahaa!!!

2010-05-05

Kejang abis...

2 komen

Seksa woi!!!!

kejang abih kaki2, peha2 aku nie!!

hatoiii!!!! tak larat nak sapu minyak panas daaa.....
sob...sob...


p/s: dah sapu minyak yuyi..

2010-05-04

Test FIT ke tak FIT!!

1 komen
Pagi tadi aku bangun mandi kul540 pagi sebab kene gi opis ader test FIT.. (lari, bgn-duduk tubi, pumping, lompat jauh..apa lai ye?)..

Aku tak sempat nak upload gambor test tue sebab tak snap langsung pun! pertama sebab bateri dkt nak abih, and kedua sebab penat + penyegan... tapi time dok buat aktiviti tue, mmg ada photographer bertauliah (sungguh! tak tipu!!) tengah amik gambar dalam setiap aktiviti yg kami sumer buat! harap2 ader lah gmbar aku.. tapi jangan risau, gambar besar tangkap ramai2 sebagai tanda aktiviti pagi tadi dah abis tue ade!!

kalo sempat diorang upload dalam FB Opis aku, boleh lah aku copy paste masuk sini!



Keputusan Test pagi tadi:

Lari 2.4km = 25min, (lalu kat tepi umah ngasuh Zafri..hehe..siap aku lambai2 lai..)
Bangun Duduk Tubi = 23kali/minit! adoi!! pinggang dah keras!!
Pumping = 31 terbalik!
Lari Pecut 4x100 meter = lulus! dibuat secara berkumpulan.
Lompat Jauh = lompatan jatuh kategori umur 50thn++..
ada lai satu test, tapi tak ingat lak namanyer.. tapi cara dia; duduk dan lunjurkan kaki dan tangan.. = 58cm sajork!!...
korang judge lah sendiri aku FIT ke TAK FIT!!


Walau apapun, aku rasa seronok jugak sekali-sekala buat test2 cenggini..
yang aku paling bangga sekali, lari 2.4km tue diperuntukkan dalam tempoh 30 minit, tapi aku dapat jugak buat dlm tempoh 25 minit... walaupun dah lama tak lari sejak bersalin ari tue..

Kalo dapat aku snap yg betol2 kat paper test aku nanti, aku upload cni! buat kenangan.. :-p




p/s: esok ada lai!!


2010-04-17

Pemakaian Pangkat

2 komen
Pagi tadi ada acara Pemakaian Pangkat kepada pelatih wira (lelaki) dan wirawati (perempuan) yang telah berjaya terpilih. Ikut jadual, kul7 patut acara bermula, tapi pagi tadi, acara bermula pukul720 pagi dan aku sampai di kem kul715... okey tak?? malam tadi memang ingat nak pegi, tapi, bila bangun pagi tadi,mula ingat tak nak pegi, tapi memandangkan dah bangun, aku teruskan ajelah..

Mengingatkan acara begini habis awal, maka aku buat keputusan untuk biarkan anak aku dijaga abahnya. Lai pun, aku budget kul830 dah habis.. kesian jugak kat makcik ngasuh tue.. dah lah anak aku nie aktif benor!!

aku yang ikhlas datang jugak... tunjuk muka... kehadiran tu penting!


komandan sedang memberikan nasihat dan taklimat..



pelatih pasukan merah / Skuadron Hornet yang telah dipakaikan pangkat- lihat balak merah di bahu mereka! tahniah!!



pelatih yang telah dipakaikan pangkat- balak kuning untuk pasukan kuning (Skuadron Sukhoi)



bendera Skuadron/Kompeni bagi Skuadron Sukhoi dan Blackhawk(hijau)



bendera Skuadron/Kompeni bagi Skuadron Hornet dan Fulchrum (biru)



2010-02-14

Kenanganku dengan BSN (part2)

0 komen
BSN datang lai!!!



hubungan baik yang terjalin antara pihak bank dan pelatih..
budak2 nie bertuah sebab dapat pengalaman macam nie..
aku dulu penah rasa time sekolah rendah jer... buat buku BSN.. masuk RM10 jekk..hehe..



11 Feb '10 (Khamis) BSN datang lai ke kem tepat kul 3:30 petang untuk serahan Buku Akaun, Kad ATM, no pin
dan segala urusan dokumentasi yang lain..

kedatangan mereka sebenarnya dinanti-nantikan oleh segenap isi alam yang berada di kem ni.. hahaha...
aku gurau jekk!! takderlah!! sebenarnye kedatangan mereka nie dinanti-nantikan oleh para pelatih yang tak amik buku pada sessi yang lepas (part1) disebabkan pelatih-pelatih tersebut tiada di dalam kem kerana MC.. cuti.. gi spital.. dan lain-lain..

tapi malangnye kehadiran BSN pada hari tersebut masih gagal menyerahkan kesemua buku-buku dan kad-kad atm kepada pelatih yang terlibat.. bukan salah diorang atau sesiapa.. sumer kerana pelatih yang terbabit telah pulang bercuti lebih awal.. nak ikut mak g raya kat China, g Australia, g Kanada.. macam-macam... ada jugak pelatih yang tak amik sebab diorang nak selesaikan latihan Fizikal tue dulu.. takperlah.. walau macammana pun, bank tetap kena datang lai untuk kali ke-3.. sebab masih ramai yang tak amik,selepas aku chek dengan bank, ada dalam 23 orang tak settle lai... harap2, kali ketiga nanti, settlelah sumer bende2 nie..



wakil Prudential BSN... wakil kad kredit jugak..
aiseh! lupe nak snap diorang punye kad bisnes.. hehe...




bilangan pelatih yang dah tak ramai macam masa part1 ari tue..
.
.
.
.

kita jumpa lai lain kali...

sekian...



Love: Unai :-)

2010-02-13

Raya Limau Mandarin

0 komen

Heee...

KONGSI! KONGSI! KONGSI!!

raya cina datang lai!! kat pejabat macam biasa raya makan buah limau mandarin arrr...
satu family angkat anak bawak balik, satu kotak limau angkat masuk!!
satu family angkat anak bawak balik, satu dua tiga kuih angkat masuk!!
angpau takder ker?? gurau jerrr...

hmmm...untung duduk kat pejabat PLKN nie, dapat banyak buah limau!! kuih2 pun ado..
kalo satu budak angkat balik, satu angpau angkat masuk, Wallaaa.... syoklah aku!!
kompom aku muka first yang tunggu kat kaunter.. hehehee...

limau cepat abis, tapi kuih?? jangan tak percaya, kuih pun tinggal balang ajee... haha!

yang herannye masa aunti tu bagi kuih tue semalam, sumer orang taknak makan,
tapi bila aku masuk keje ari ni, dah tinggal angin dalam balang.. kuih dah ilang masuk dalam perut sape tak tau lak! hehe.. tapi nasib baiklah kuih2 dengan limau2 tue abih, kalo tak, sape nak perabih??


ini jer yang sempat aku snap..
limau tu yang dapat ari nie..


aku semalam makan sebijik jer limau tu tapi pagi nie sakit perut sampai dah 2 kali terjah toilet..
nasib baik kat opis nie aku sorang yang terjah toilet tue, kalo tak..... barissssss....

so.. raya cina nie, aku akan balik raya kat umah mak aku..
member pun semalam dah calling2 kata nak jumpe.. hehe..

so...jom kita balik kampung!!

ops lupe..ade satu lai nak cakap... baik kita ikut macam cina raya.. tak payah beli kuih mahal2.. kalo raye aje, beli limau banyak2.. senang cerita.. kalo makan kuih banyak2 nanti dapat diabetes, baik makan limau banyak2, vitamin c pun dapat, bersih perut pagi2 orang kata!!


nota: pelatih cuti mulai 12Feb'10 hingga 16Feb'10


Love: Unai :-)

2010-02-09

Garfu Panjang

2 komen

cuba tengok garfu yang budak ofis aku nie pegang??

pada aku garfu nie quite panjang..






kalo garfu nie aku gune mase tengah sedap mencekik lauk-pauk masakan chef2 yang gajinye lebih mahal dari

aku kat hotel2 tue, boleh lah aku terima.. time tue takder la aku nak snap garfu nie masuk blog.. sebabnyer

dekat hotel memang garfu dan sudunyer berat dan besar2...




heee... kantoi.... kami makan bihun pagi tue...




panjang kan??

kalo korang tak rase garfu nie macam panjang takper arr...

mungkin aku yang jakun kottt!!!

muahahahaha....

ape2 aje lah unai.... asalkan ang bahagia....

idup hanya sekali....



Love: Unai :-)

2010-02-06

Kenanganku dengan BSN (part1)

4 komen
heeee....

boleh bayang tak aku sengih?
theeeheheheee... sumernyer sebab adenyer rase kegumbiraan nak publish entry nie...

sebagaimana tajuk, aku ade satu kenangan yang terpahat dengan BSN. Aku sengaje nak publish n3 ni untuk dikenang2 di zaman-zaman tue nanti.. (kalo panjang umur..dimurahkan rezeki..) Ehh!! bagi sesiape yang terlibat dalam n3-n3 yang lain tue janganloh berkocik atie... sumer same jer...
untuk dikenang2 di hari tua nanti...

Pihak BSN telah bertandang ke tempat kerje aku pada 29 Jan 10 yang lepas... bertujuan untuk urusan penyerahan buku akaun BSN, kad ATM dan no pin kad ATM kepada sumer pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 7/2010!! berserta segala urusan dokumentasi yang berkaitan dengannya...

So, dokek bawah nie aku macam biasa, menghaplodkan sumer gambo2 yang aku snap pada ari tersebut.. boleh tak ko bayangkan berapa ramai pelatih2 dan staf2 BSN yang pecah perut gelak punyer pasal time aku nak snap gambo diorang? yang aku pulak, sejak bergelar ala2 "blogger" nie, kemana2 saje mesti tak lepas hp kamera aku.. mane lah tahu kan, kalo2 ade bende2 interesting happen suddenly tue, leh aku snap!! hehe.. tak ade tujuan lain, untuk kita kongsi2 kan bersama... raya cina kan dah nak dekat...hehe..

gambor2 dokek bawah nie pun sebenaunyer diambik selepas mereka2 nie sumer agak2 dah boleh kontrol gelak arr... tu pun ade yang dok senyum2 kambing ckit2... muahahaha... apa lai tunggu? LAYAN!!!!!
.
.
.
.
.

ZASS
.
.
.
.
.
.


semua pelatih dengan sabar menunggu dilayan...
teruja benor diorang nak dapat buku bank..
hehe

aku pun ader jugak tolong sikit2...
kebanyakan masa aku layan sembang dengan pelatih ajer...
aku yang pakai baju bunga purple2 ckit tue... (gambo atas sebelah kiri,bawah)
yang wira kat depan aku nie asyik tanye macam2... speaking lak tue..
nasib baik aku agak2 terer nak reply balik.. hehehe..

.
.
.
.


sorrilah incik faizal... ade silau2 ckit arrr...
incik faizal sampai tak duduk sebab punyerlah komitmen layan pelatih!!
aku pun punyer lah komitmen amik gambo... takder saper2 susah2 nak suruh aku pun... aku inisiatif sendiri gi snap2 gambo... rajin sungguh!!
.
.
.
.
.
.


encik shidie, sorri.. nampak batang idung dengan belakang ajerrr...
yang pegang spek tue aku tak tau nama aper... tak gi tanye pun..
hahaha!!
.
.
.
.
.


hmmmm... setelah sekian lama, baru hari nie dapat hupdet n3 pasal BSN nie...
SYABBAS bethe.. SYABBAS!!!


gitulah.... aktiviti ni berjalan bermula kul10 pagi hingga berakhir pada pukul 5 petang di Dewan Rajawali..
satu kenangan abadi...



Love: Unai :-)

2010-01-22

Kempen Derma Darah

0 komen

Hehehe... sesiapa ada sedara-mara atau kengkawan yang tinggal berdekatan tempat menderma darah ni, bolehlah syorkan kat diorang untuk menderma..

Menderma lah wei! SETITIS DARAH MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA!!


Love: Unai :-)

Ping entry

My Ping in TotalPing.com