Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

2011-12-23

Duit Kertas Design Baru Lambang Keunikan Malaysia

2 komen

Hi!

Pagi tadi buka blog sini-sana tunjukkan matawang kertas baru negara kita, Malaysia yang akan beroperasi penggunaannya mulai Julai 2012.  Kemain akak-akak kat Bank Negara Malaysia (BNM) tu posing dengan duit tu.. eh, duit tu betul ke replika?

Tak puas tengok kat blog personal, aku bukak website BNM.  Duit kertas kali ni di'design'kan mengikut keunikan yang terdapat di dalam Malaysia - pendek kata lebih melambangkan identiti negara kita  ;D

Aku sokong duit baru ni cuma tak brape nak setuju dengan duit RM20 kaler oren tu.  Dulu aku penah tengok duit kertas RM20 kaler koko.  tapi duit tu dah dilupuskan penggunaannya.  Kalo tak silap dulu 'orang cakap' yang 'note' RM20 tu tak brapa praktikal... lebih ramai orang yang menggunakan wang 'note' RM10 yang lebih memudahkan.  Tapi kini RM20 sudah kembali! 

atas : imej wang kertas RM20 lama - sudah dihapuskan.

bawah : imej wang kertas RM20 baru yang bermotifkan hidupan laut.  glamorlah Mr.Penyubiru lepas ni! hehe...
jom tengok apekah motif yang diwakili oleh wang kertas RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100!

RM 1 - sukan tradisional
RM 5 - Hidupan Liar
 RM 10 - Flora
 RM 50 - Pertanian
 RM 100 - Keajaiban alam

Teringat pensyarah saya iaitu Ustaz Daing pernah memberitahu bahawa jika Malaysia ingin mencetak wang kertas atau wang syiling, negara kita perlu menyediakan sejumlah jongkong emas yang mempunyai nilai yang sama seperti jumlah wang yang ingin dicetak.  

Misalnya jika Malaysia ingin mengeluarkan/mencetak wang kertas sebanyak RM10 juta, maka jongkong emas yang perlu disediakan hendaklah bernilai RM10 juta!!

so, gitulah serba sedikit makluman yang aku tahu dan ingin kongsikan kat sini.  berkenaan duit baru ni pulak, kompom raya nanti lebih meriah!!! :D


ok bye!

2011-10-17

Test Kehebatan Minda

3 komen


Jalan-jalan dalam internet tadi, terjumpa satu blog yang publish gambar ni...

eh,,dah lama aku cari baru hari ni aku jumpa balik! syukur... ;D

sbnrnya, bukan gambar ni yang aku cari tapi ayat-ayatnye..

ayat ni aku penah baca dalam majalah Mustika... tapi majalah tu tak tunjuk pun gambar ni sebaliknya cuma menterjemah ayatnya ke dalam Bahasa Melayu...


ayat yang berada di perenggan di bawah sekali tu memang aku suke sangat!!
ayat tu memang sentiasa aku ingat!!

;DDDDD

p/s : puas hatiii!

2010-08-03

Buaya kt pantai weh!

5 komen





siapa yang dah tengok utusan hari ni? terkejut kan? buaya pun ada kat pantai..

ingatkan pegi tasik2 dengan lombong2 jer nak kene berhati2..

hurmm....bahaya di mana-mana..


2010-08-02

Novel thriller! sapa nak?

0 komen
aku ada satu novel yang nak dijual kat tenet nie..

genre seram a.k.a thriller gitu..

ditulis oleh Mr.RAM..

bukan mamat india ker atau ramlah ram yang menyamar jadik novelis.. tapi RAM is Ramlee Awang Murshid!

sape2 yang nak beli buku nie dengan harga murah dari aku, boleh lerr gi tengok kat sini! hihi

:-)

Aku boleh relek..

2 komen

igt lai tak? igt lai tak??

ujian kecergasan


sekarang aku dah boleh releks..
tak payah dah buat bende ni sume..
sebab aku kan pegnen...
hahahaha... (gelak jahat!)

lepas bersalin thn depan, wait lai setahun pulak baru bleh buat aktiviti nie..
relek.... relek.... huahuahua....

p/s~ amik kesempatan yang ada snap gambar kengkawan buat test..


2010-07-31

Norjuma pegnent lai!!

1 komen

Norjuma hamil lai la korang!!

Alhamdulillah... cam biasa, badan musti mau besau kalo time ngandung.. baru best! tapi yang lai best, tetap maintain lawa!!

aku rembat majalah nie hari rabu lepas, lepas tengok aje muka juma nie jadik cover majalah Harmoni..majalah kesayangan aku.. tapi kalo kat majalah lain, belum tentu aku beli.. muahahaha..

cover depan Harmoni keluaran 1-15 Ogos 2010


jual tudung kat Avon... rekaan sendiri!


ada jugak cerita tentang Syarifah Khasif.. juara qariah tue.. syahdu jer baca.. huhu..




2010-07-30

Gambar antuu...

4 komen

Inilah gambarnya....
.
.
.
.
.
.
.
.

nampak tak??

tapi, cuba positifkan diri..

mungkin ada gerak2 masa gambar nie diamik.. samada bebudak tue yang bergerak2 atau pun cameraman yang tergelak2 sampai terkena parkingson..

nasib baik boleh upload masuk laptop, clear ckit gambar nie.. so,nampaklah kejanggalannya.. kejanggalannya yang aku nampak seems like that thing macam ala2 nak duduk tak duduk.. hurmm..nasib baik tengok kat 2 sumber.. lebih clear kalo tengok kat skrin besar..


Hitam-Putih Kehidupan~ langsuir ke pontianak ni?

2 komen
pagi nie baru jer aku nak brekfes, tiba2 member seopis aka En.mi tanya...

"U..hang nak tengok gambar hantu tak?"

"eh...en.Mi nie,,,buat lawak pun....agak2 la... hahahaha... "

aku siap gelak la sebab en.mie nie suka pekena aku!

"la....hang tak percaya?meh tengok..."

"isyh....biar betul en.Mi!!!!!"

sumpah kengkawan!! aku tengok sendiri dengan mata kepala aku!! gambar asal...takder edit2... tengok direct terus dari kamera cikgu Nurul Jannah!! rupa paras.. tak usah cakaplah!!

en.Mi dengan aku cuba nak transfer gambar tue.. aku memang dah berniat nak letak dalam blog.. biar korang takut sama.. tapi,,cari USB dengan card reader,,card reader tak ngam dengan saiz memori kad pulak!! USB takder pulak!!

tapi,,ape2 hal pun,,aku janji aku akan upload gambar tue nanti!!


2010-07-07

Wahhh!!!...cuti sokmo!

1 komen
ini hari aku and cik abang bercuti!!! bukan sendiri amik cuti, tapi memang kitorang, member opis malah seluruh warga pekerja kat Penang nie bercuti!! tapi kalo warga pekerja swasta tue, kemungkinan besar tengah bekerja ini hari!! alah... takder hal kan? asalkan tripple.. :-)

nak tahu cuti sebab ape?? hah..nie sempena pengisytiharan GeorgeTown sebagai salah satu 'Tapak Warisan Dunia'! walaupun aku dok Balik Pulau, tapi cuti jugaklah weiii!! satu Penang gitu.. lai pun.. siapalah Penang tanpa tempat bernama Balik Pulau... hihi..

tapi aku heran jugak, nape cuti nie takde tercatit dalam kalender?

so,,kepada korang yang tengah bekerja tue, Selamat Bekerja!! bekerjalah untuk negara, bercutilah untuk kembali bekerja! hahahaa!!!

2010-05-04

Test FIT ke tak FIT!!

1 komen
Pagi tadi aku bangun mandi kul540 pagi sebab kene gi opis ader test FIT.. (lari, bgn-duduk tubi, pumping, lompat jauh..apa lai ye?)..

Aku tak sempat nak upload gambor test tue sebab tak snap langsung pun! pertama sebab bateri dkt nak abih, and kedua sebab penat + penyegan... tapi time dok buat aktiviti tue, mmg ada photographer bertauliah (sungguh! tak tipu!!) tengah amik gambar dalam setiap aktiviti yg kami sumer buat! harap2 ader lah gmbar aku.. tapi jangan risau, gambar besar tangkap ramai2 sebagai tanda aktiviti pagi tadi dah abis tue ade!!

kalo sempat diorang upload dalam FB Opis aku, boleh lah aku copy paste masuk sini!



Keputusan Test pagi tadi:

Lari 2.4km = 25min, (lalu kat tepi umah ngasuh Zafri..hehe..siap aku lambai2 lai..)
Bangun Duduk Tubi = 23kali/minit! adoi!! pinggang dah keras!!
Pumping = 31 terbalik!
Lari Pecut 4x100 meter = lulus! dibuat secara berkumpulan.
Lompat Jauh = lompatan jatuh kategori umur 50thn++..
ada lai satu test, tapi tak ingat lak namanyer.. tapi cara dia; duduk dan lunjurkan kaki dan tangan.. = 58cm sajork!!...
korang judge lah sendiri aku FIT ke TAK FIT!!


Walau apapun, aku rasa seronok jugak sekali-sekala buat test2 cenggini..
yang aku paling bangga sekali, lari 2.4km tue diperuntukkan dalam tempoh 30 minit, tapi aku dapat jugak buat dlm tempoh 25 minit... walaupun dah lama tak lari sejak bersalin ari tue..

Kalo dapat aku snap yg betol2 kat paper test aku nanti, aku upload cni! buat kenangan.. :-p




p/s: esok ada lai!!


2010-04-18

Hadirlah Mustika - Spin

1 komen
Baru kejap tadi masa aku pakaikan anak baju tido lepas tengok konsert AF minggu ke-5 aku tetiba teringat lagu ''Hadirlah Mustika" yang dipopularkan oleh Kumpulan SPIN. Memang lagu nie lagu favourite aku dalam tahun 2002 gitu.. memang selalu diputarkan kat radio.. video klip nyer pun hepi2 jer.. tak sangka bila bukak FB tadi, dapat info bahawa vokalistnyer iaitu Achik telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya!! Fuhh!! tak sangka.. ada makna rupanya!! Walau bagaimanapun, aku ucapkan Innalillah dan Takziah kepada isteri, anak2 dan juga keluarga beliau... Kita yang masih bernafas nie, amiklah berita nie sebagai pedoman.. Hidup hanya sementara!!

Aku titipkan video muzik kat bawah untuk korang sumer.. kalo rasa terjatuh cinta dengan lagu nie, kirimkanlah al-fatihah kepada arwah.. eceli, mmg aku ada terniat nak letak video nie dgn liriknya sekali tadi; sebelum aku tahu berita mengenai pemergian arwah! hanya bertujuan mengimbas memori dan kenangan lama!!


Hadirlah Mustika!!


Hadirlah mustika pujaan hatiku
Ingin kukatakan kucinta padamu
Siang dan malamku terbayang dirimu
Hati tak tertahan bila dah merindu

Engkaulah gadisku idaman yang satu
Dunia yang berlalu hanyalah untukmu
Sambutlah salamku hati yang merindu
Bilakah masanya kita kan bertemu

Andai bisa kubina istana kita
Kan kuhadiahkan padamu
Kusunting dikau bidadari cinta
Kan kusematkan dalam jiwaku

Hilangkan resahmu
Kita bersama nyanyikan lagu asmara
Hiburkan hatimu ikut irama
Tarikan rentaknya

Hilangkan sengketa kita yang lama
Kenangkanlah detik bahagia
Segandingan kita suka dan duka
Oh romantisnya...

Moga terhindarlah rasa yang curiga
Kuntuman kasih mewangi selamanya
Kulafazkan janji di antara kita
Penuh setia selamanya...


...: SpiN :...


2010-04-13

Lawak Hari Ni : Bukan Ayam Golek a.k.a Ayam Guling!!

11 komen
Pagi tadi masuk fb sepupu, ternampak dia taruk picture nie.. tapi keseluruhan album tak pulak cerita pasal mkn2 Bab* Gul*** nie pun!! hohoh!!! iyelah!! takkan nak cerita psl makan2 bende alah nie lak kan?? waras lah ckit!! nama pun sepupu aku!! (seagama la..) kalo kawan tue lain lah kan?? hehehe...



gambar nie just suka2 jer taruk... kalo ada kene-mengena dgn yg dah mati atau masih idup tue, jgnlah amek ati.. key!! suke2 jerkk!!

nak tau tak? lepas terkejut tengok gambo nie, rasa nak tergelak pun ado... hohoho!!
yelah, punyer lah besau, nak guling a.k.a golek camna kan? kalu kecik2 comel cam ayam ker.. senanglah ckit nak digulingkan kan?!! tengok gambo macam besau dari orang je kan?? silap2 tukang guling yang terguling-guling!! kahkahkah.. lai satu... siap tulih ' Khas Bali' lai....

wehh!! gelak..gelak jugak.. tapi jgn sampai terguling-guling kay!!


p/s: nak kena samak tak blog lepas nie? kahkahkah!!


Love: Unai :-)

2010-03-29

Test Berat Aku..

4 komen
Hehehe...

syioknyer pekena korang2 sumer... walaupun april fool lambat lai...
tapi, nie kira macam aku bagi advance lah!! hehe..

sebenarnyer, bukan berat aku yang aku nak test dan gitau korang sumer!! ya ampun dong!! mana nak dapek orang baik2 camni?! huh.. takkan aku gtau brapa berat aku k!! dah kurus nanti-nanti.. okey arrr... haha.. tapi aku nasihatkan, takpayah lah tunggu.. :-p

sebenarnyer.. aku ada terbaca kat blog cousin aku ni, KJ nie gitau ada cara nak test berat blog kita, so boleh tau samada blog kita cepat ker lambat loading.. so.. aku pun teringin jugaklah nak menerai sama... hehe.. tengkiu KJ coz sudi share info.. dah lama dah sebenarnya aku nak try test berat blog CS aku nie.. :-p

taraaaa!!


hmm...taklah berat sangat macam tuannye... ringan jerr!! ala..jgn marah.. kasi can arrr... hummm.... setakat nie, kalo korang masuk blog CS nie then u áll findout that loading dia lambat, bukan salah template!! salahkan bband!! hehe..

jadi.. berapa pulak berat anda??

eh, tak abih lai..
pesanan dari aku: jangan sambut april fool..
kalo advance cam aku buat nie takpa, bukan April fool namanyer!!

nak chek berat anda?? silalah klik kat website nie!!
korang klik kat ''website speed test" yang ada gambar keta cinonet tue.. hehe..

kay... adios...



Love: Unai :-)

2010-03-26

Maxis Berukben!!

10 komen
malam nie aku menenet guna Maxis BBand husben aku punyer!!

ehhhhhh!!! laju siot!!!

disebabkan terkejut beruk dengan beruk ben maxis nie, aku terus rasa cam nak canang bende alah nie kat sumer orang macam mak si esah dalam Halimah Jongang tue!! tapi takderlah aku gigih gi tenyeh gincu yang red in color pulak!!

hmmmm... memang laju dari celcom arrrrr...... hummmmm.....

ala...... nie yang buat aku rasa rugi dan rasa malas nak pakai celcom nie...... bayar sama jerrr!!!
aku ingat celcom bband lai laju dari maxis bband!!

camna nie???!! takkan nak tukar kot??.... alahaaaaiiiii....

Love: Unai :-)

2010-03-25

Blog Ridhuan Tee

4 komen
alhamdulillah....

aku terjumpa blog ust ridhuan tee nie baru jap tadi.. aku memang minaaaaat sesangat dengan cara penulisan dan curahan idea beliau terhadap sesuatu isu tue!!... setiap ayat dan idea tue tersusuuuuun aje!! cara beliau olah idea dan pemikiran serta pendapat beliau tue buat aku jadi tersangat2lah kagum giler dengan beliau nie!! cara beliau kupas tue...!! kupas!! kupas!! :-p



jangan tak caya, masa aku memula ingat nak berblog dulu, aku memang bercita2 nak jadi blogger yang mempunyai tahap penulisan cam beliau!!! konon2 nak tulis perkara2 ilmiah2 dan boleh buat orang kagum ngan aku.. mengikuti tulisan2 ilmiah aku.. pendapat ilmiah aku.. makcik miah aku... (wuppsss!! terlibih sudaaa...) ....... tapi apakan daya, level/tahap kecerdasan otak aku untuk nak buat penulisan macam beliau belum capai arasnya lai!! kihkihkih!!

cara sekarang pun ok wat??!!! betul tak??!!


Love: Unai :-)

2010-03-19

Windows XP

4 komen
Sekarang nie, kalo beli pc or laptop rata2 dah guna Windows 7..

macam pc aku kat opis, guna Windows XP.. tapi laptop aku yang aku tengah guna sekarang nie menggunakan Windows 7..

Windows 7 dikatakan lebih ringan daripada Windows XP, sedangkan Windows XP pun kira dah stabil banyak berbanding Windows-windows yang penah wujud sebelum2 nie!! ingat tak Windows95, Windows97, ME.. Vista.. dulu2? hehe.. aku start belajar guna PC masa zaman Windows 95 tau! huhu... Wordstar pun belajar jugak!! nasib baik sekarang Wordstar dah tak wujud sebab tak user friendly.. mana tahan, nak carik fail, simpan, nak tulis huruf2 saintifik ajer mesti kena taip command2 yang memeningkan kepala!! nasib baik Microsoft ada! kan?!! sentiasa mencari solution yang bertepatan dengan kehendak manusia dan perubahan masa!!

Entry kali nie bukan nak citer pasal Windows 7 atau promote apa2.. tapi sekadar nak kongsi info tentang dari mana dapat nama Windows XP!! Tahu tak dari mana datangnya nama 'XP'??

masa aku amik kursus troubleshooting kat Cosmopoint dulu (belajar basic aje..), bila tutor tu tanya kat kami, ramai yang kengkawan aku jawab.. Extra Powerlah!!.. Extra Program..!! Export.. No Problem... macam2lah!! nak tergelak pun ada sebab sumer main teka2 apa dia maksud XP tue, tapi budget2 agak2 logik akal sama arrr.. so.. XP nie apa ek??

XP = Experience!!

Nama nie telah diperoleh berdasarkan pengalaman2 team Microsoft menyelesaikan masalah2 Windows yang wujud sebelum XP! Setelah sumer masalah berkaitan Windows dikaji dan ditemui jalan penyelesaiannya, maka satu Windows baru yang lebih stabil dibangunkan..time nie lah Windows XP diperkenalkan!! Amacam?? mantap tak team Microsoft??

Kalo korang nak tanya source atau fakta2 dari mana aku dapat maksud XP nie, aku dah tak ingat arr... tapi ingatan secara Visual inilah yang kekal sampai sekarang!! Nak percaya atau tidak, terpulang.. boleh jugak tanya acik google yang serba tau tue.. hihihi..



p/s : teringat kat Encik Azri yang memang hensem!!
info tambahan :
Windows ME= Windows Millennium Edition



Love: Unai :-)

2010-02-24

Nasib baik jatuh ke tangan manusia! Cintooo...cintoooo...

2 komen
nasib baik jatuh ke tangan manusia! kalo jatuh ke tangan kucing??
eh!! kucing ade tangan ker??
ader.. tapi tangan cara kucing lah!! takkan nak bertangan cam manusia jugak!! kan?
setiap ciptaan Allah tue unik dan tidak terjangkau pemikiran manusia..
manusia nie kire nak copy-paste jer..
kalo tak copy-paste tue 'creative' namanyer..
bertuah orang yang dikurniakan akal yang menjangkau masa nie, betul tak?
apa lai.. cepat2lah bersyukur..

actually, burung nie tetiba masuk kat umah aku waktu malam minggu lepas...
tetiba jer masuk kat dalam ruang tamu umah aku dan dengan syioknyer terbang2 sana sini..
time tu awal lai, dalam kul9 kalo tak silap!!
sebenarnyer husben aku yang perasan kehadiran burung nie! hahaha...
eh, aku gelak aje tau..takder mana lain ha!!



tengok tue.. manja tull.. siap landing2 atas tapak tangan lai.. hihi..

nampak tak dahi zafri kat gambar bawah nie?hehe..


betul ke burung nie manja dengan husben aku? tetiba masuk dalam umah aku, then attract pandangan husben aku, dah lah burung! napa lak? napa dengan burung?? eh! jangan burung jadian udah lerr.. bukankah selalu burung dikaitkan dengan perempuan cantik? jelmaan perempuan cantik? ala, penah baca tak mitos pasal burung "Cintoo"...?? seorang pemuda zaman dahulu kala telah terpikat dengan seekor burung merpati yang selalu bersiul2 di dalam hutan ketika pemuda tue mencari makanan kat hutan? burung merpati tue asik dok nyanyi "Cintoo...cintoo..." then, pemuda tue terpikat kat burung tue dan bawak burung tue balik umah.. setiap hari lepas balik dari hutan, pasti ade makanan dah siap terhidang kat dapur...
hehe.. aku tak mintak lah burung tue jelmaan betul, tapi gurau2 ajerr.. ahh! sudah!! jangan pikir yang ngarut2.. nanti takut lak! haha..

sebenarnyer burung nie terkena kipas siling umah aku.. tak sempat nak selamatkan burung tue dari jatuh terhempas.. sebab nama pun burung kan? hihi...eh, buat lawak lak!! haiwan tue tengah sakit aku g buat joke lak!! hey unai!! save the planet okey!! hmmm... berbalik kepada burung tue, aku ingat kaki burung tue patah, tak pun sayap dia terkena kipas.. adussss... ngilu!ngilu!! terus jatuh terjelepok kat atas lantai.. husben aku amik pun dia tak lari... eh,terbang!! adeh!!




nampak tak Power Rangers putih-kuning kat bawah tue? haha..Muhammad Zafri la tue, takut dengan burung!! aku panggil dia banyak kali tengok burung tue, tapi setiap kali aku panggil, setiap kali tue jugak dia lari.. takpa lah, jangan paksa, nanti ngigau malam susah lak!!

so, husben aku pun amik burung tue dan letak kat luar umah. Dia letak tempat tinggi sikit sebab takut jadi mangsa kucing.. Esoknyer, bila husben aku chek burung tue samada masih ade lai ke dah lari, eh!terbang, burung tue dah takderrr... bulu pun tarak... habuk pun tarak... kucing pun tarak... aku harap burung tue selamat..

Love: Unai :-)

2010-02-09

Aku Bukan Saintis daaa...

2 komen

Setelah hampir lebih 2 bulan husben aku mengamalkan dengan penuh disiplin meminum minuman al-talbinah nie, baru Ahad lepas aku terasa teringin nak membelek2 kotak air minuman kesihatan nie..


tapi ade sesuatu yang buat aku merungut.. ade something yang aku rasa tak praktikal dia tulis..


lihat dekat tanda bulat putih kat bawah nie..
.
.
.
.

apa menatang Hordeum Valgare tue? hohoh!!
.
.
.
.
.

nie, die punye penjelasan ramuan al-talbinah..

.
.
.
.

nie pulak contoh kotak air minuman al-talbinah..
sebelah tulisan jawi, sebelah lai tulisan rumi..
ader cop SIRIM dan HALAL..

.
.
.
.

errrmmm...
puas jugak aku cari apakah Hordeum Valgare..
disebabkan aku tak jumpe, so aku terpikir, nie mesti nak suruh aku g google kat internet!!

sekurang-kurangnye, janganlah letak nama mende-alah tue dalam nama sains.. homosapiens betoi!!
tulislah dalam bahasa melayu kita nie.. sumer orang pahamm...

bukan marah, nasehat!!



: LAWAD :
Hordeum Valgare = barli biasa



~ the end ~

Love: Unai :-)

Ping entry

My Ping in TotalPing.com