Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

2012-09-01

berlakon ~ Mulanya Di Sini...

3 komen

Awal tahun ni - 2012 masa aku kat tempat keja lama, ada krew-krew tv mai buat shooting.  Time tu adalah Hari Pendaftaran kemasukan pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9 Tahun 2012... krew tu duduk dalam seminggu buat shooting di kem... 


Al kisah, aku terpaksa kena 'berlakon' dalam citer ni... takda dialog rasmi sebaliknya dialog aku sendiri yang memang aku selalu cakap kat pelatih bila dorang mai melapor kat meja aku.  jadi takda masalah nak hafal dialog bagai la kan... berlakon pun dudok je.. muka pun tak tahu le nampak ke idok.. takpun just dengar sora jer.. memang patut tak dapat bayaran.
kalo nak tengok aku 'berlakon' tu silalah tengok tv... ;p
meh baca sikit sinopsis...
.
.
.

Mengetengahkan pelakon cantik, Miera Liyana di samping Zain Saidin, Abby Abadi, Rahim Omar dan Farid Wari, drama ini akan disiarkan mulai 30 Ogos ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.05 petang menerusi saluran TV1.

Kisah yang berkembang dengan watak Alya lakonan Miera Liyana, remaja daripada keluarga kaya yang hidup dengan dilimpahi segala kemewahan.


Alya bertuah kerana segala kehendaknya pasti ditunaikan keluarga. Akibat terlalu dimanjakan ibu bapanya, Alya tidak pernah melakukan kerja berat dan memberontak sekiranya kehendak hatinya tidak dipenuhi.


Konflik mula timbul selepas Alya tamat peperiksaan SPM dan ditawarkan menyertai kursus PLKN. Oleh kerana takut dipenjarakan, Alya terpaksa menjalani kursus itu walaupun dia langsung tidak berminat untuk menyertainya.

Sepanjang Alya berada

di PLKN, pelbagai masalah terpaksa diharungi dan dia banyak mempelajari erti kehidupan sebenar dan perubahan ketara dilihat ibu bapanya selepas Alya pulang daripada menyertai PLKN.


Dapatkah Miera Liyana menghayati watak yang berlainan daripada karakter dirinya yang sebenar? Apakah pula pengajaran yang bakal diperoleh golongan remaja dalam drama ini? Saksikan kesudahannya hanya di TV1.



2011-08-03

Kemelut tak berkesudahan..

2 komen
hmmm...





lama dah dok dengar gosip tak besh tentang bekas pengacara Trek Selebriti, papa Jimmy Shanley ni!






pagi ni, buka Berita Online, ada lagi kisah beliau....






Jimmy..Jimmy...
dah kawen, gini pulak jadinya... nasib badan kata orang.. kalo tahu jadi gini tentu Jimmy atau sape2 pun kompom taknak kawen! betul kan?





tapi,,pada pendapat akulah kan.. nak cakap pun tak berani jugak sebenarnya,, tapi,,pada pendapat akulah (lagi sekali),ni pendapat akulah, tak tau camna pendapat korang kan..




nmpak gaya si istri dah taknak berbaik dah... macam cari alasan nak berpisah jerr...
lebih baik rasanya Jimmy lepaskan saja.. istri macam tu kalo dipegang lama lagi, lagilah bertambah-tambah nusyuz,ingkar dan berdosanya.. kesian kat istri dia jugak..



hmmmm.... dayus ke tak hah Jimmy kalo begini?


hai,,susah nak cakap.. (mohon Allah lindungi aku dan keluargaku..)


mungkin Jimmy pikir masa depan anak dia...



kita doakanlah yang terbaik buat Jimmy dan keluarga beliau.. sepanjang ikut Jimmy dlm Trek Selebriti, memang terhibur.. susah lah nak percaya bila dengar cerita-cerita camni jadi pada insan yang bernama 'Jimmy Shanley"..










p/s~ lebih seronok tengok Jimmy mengacara Trek Selebriti daripada Ariel..

Ping entry

My Ping in TotalPing.com