2011-12-16

Kawen Pirun - malam sebelum akad nikah

Pirun (adik ipar) akan nikah Jumaat 2dis jam 2:30 petang.. 

masa hari Khamis malamnye, maksu ajak aku dan anak-anak sedara dia yang lain untuk packing buah-tangan/ goodies yang hendak diberi kepada tetamu dan orang kampung yang buat kerja.  

jadi kami pun bertungkus-lumus lah buat kerje tu, tak payah nak tunggu malam kenduri baru nak pek! 
buat awal-awal pun meriah juga, kan? ;)

sebelum tu, meh aku nak tempek sikit gambar yang diambil time awal-awal malam tu.. 
time tu maknjang, paknjang, makteh, pakteh ada kat umah mak mertua aku, datang memeriahkan.. 

ni dekat bahagian dapur..

 paknjang yang pakai baju melayu koko - orang Kelantan
ayah mertua yang pakai baju kemeja kelabu tu..


maknjang makan nasi kot? sempat lagi tengok camera! hihi..
dalam ramai-ramai anak tok, maknjang aku jer yang kawen dgn orang jauh..
baju kurung hijau - ni tok aku ~ tulang besi urat dawai!


 makteh yang sememangnya rajin -  tengah cari kuih bahulu kot tu?


pakteh dan jugak makteh - pakai sedondon ~ kaler putih!


bhgian dapur ni ayah aku yang bina.  Dia buat sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa.  Ada juga pakcik datang tolong-tolong apa yang patut.. Dari pasang besi, naikkan bata, plaster, cat, semua ayah yang buat sorang!  Jadi dah boleh skip modal.. Untung kalo tahu bina rumah kan?


 ikram yang suka berjalan sejak dapat kaki...

ni kat bahagian tengah rumah..
bahagian ni lah selalu kami lepak-lepak selepas makan, sebelum tido.. kat sini ada tv..
maknjang dengan tok tengah memeriksa langsir 'segera' yang mak aku beli kat Langkawi.. 
RM 50 jer kot kalo tak silap untuk saiz macam kat atas ni..


zafri yang tak lepas peluang nak tolong... paklang mukri pun sama..tapi, masa awal-awal jelah sebab lepas tu kami yang buat..diorang kena bubuh gula-gula!

ni kat umah depan, tempat tetamu masuk nak berehat
maknjang aku tak abih-abih lagi meninjau dalam umah! hihi..ada bilik pengantin kat sini. ;D
tu makcik aku yang pakai baju biru..tahun depan anak dia pulak yang nak kawen.. insya-Allah..


time tengah buat goodies ni, si Pirun pun dok test la pengetahuan dia.. rukun nikah berapa, apa dia yang terdapat dalam rukun nikah, mengucap, selawat, doa qunut, ayat kursi,surah iftitah.. macam-macamlah!

maklumlah orang nak nikah esok.. suasana jadi meriah + kelakar habiss!! mana taknya, bila dia diasak dengan banyak soklan oleh paknjang, pakteh dan juga di'gempak!' oleh dorang! jawapan pun jadik bercampur-campur! haha ;D

okeylah.. nanti aku citer lagi pasal hari akad-nikah pulak..

ni nak tempek sikit gambar ikram.. 




ok bye! salam.

1 komen:

  1. Salam kenal ..

    Niena singgah sini ye ..

    Niena dah click semua nuffnang kamu .. =)

    Niena sudah follow kamu ..

    Jemput singgah ke blog Niena & komen2 ya..

    (Klik iklan Churp2 & nuffnang Niena ye.. )

    Jom daftar churp2 di blog Niena ,untung dengan hanya 1 klik .. Earning Churp2 lebih laju naik daripada nuffnang .. =)

    ReplyDelete

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry

My Ping in TotalPing.com