2011-12-14

Kenduri Kawen Adik Ipar - Balik Perlis

selama 2 hari lepas aku kursus Audit Dalaman NIOSH dekat-dekat sini.. hari ni demam lagi tapi datang kerja jugak tengok-tengok apa-apa yang patut. so, dah setel maka aku nak update sikit entri kat blog ni! dah 3 minggu tak ber'update'! bukan pasal NIOSH, yang tu aku akan update kendian arrr.. hehe..

3hb Disember lepas adik ipar aku - Pirun kawen. Akad Nikah hari Jumaat 2hb.
Husben aku dah apply cuti seminggu bermula Isnin minggu tu. Tapi kami still dok ada kat Penang ni lagi!. Kesian kat husben aku tak boleh nak balik kampung lagi sebab aku ada keja urgent malah sangat penting! Cuti dia tak boleh cancell sebab dah isi dalam HRMIS!

Aku plan nak balik hari Rabu 30hb tapi atas sebab-sebab tertentu, aku terpaksa cancell.. jadinya balik hari Khamis.. half-day!

sampai rumah, Zafri dah membebel kat aku. ''Ibu ni... lambat sungguh!" sambil senyum2..
ni mesti abah dia yang ajar suruh cakap camtu..hihi..

sementara tunggu aku balik, sempat lagi si abah dok amik gambar si zafri ni! ;D

mujur baju aku dah pek2 malam tu.. jadi tak tunggu lama, terus boleh balik lepas siap-siap apa yang patut..

dah dalam keta...


zafri kene gigit dengan serangga apa ntah lerr kat bawah mata dia tu.. sampai kat hiway dekat-dekat sebelum Gurun baru kami perasan bengkak tu.. time tu dah besar bengkak tu.. naik seram bulu roma..
risau jugak tapi Zafri tak pulak cakap gatal atau pedih.. jadi kami terus jugak lah drive sampai Changlun sana..

ni Ikram pun nak kena taruk juga gambar comel dia dalam keta - dah nama pun anak dua.. hehe..



dalam keta Ikram memang suka tengok abang dia dok main-main kat belakang.. macam teringin jerr??




alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke Utara tanah air..
siap singgah kat KFC Changlun yang baru bukak - beli set snack plate kat Zafri sebab dia yang request KFC tu! kat kami husben& wife ni cuma nugget panasss2 sajork! ;)


p/s: will update psl kenduri laterr!! see ya!!

2 komen:

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry