Showing posts with label raya 2010. Show all posts
Showing posts with label raya 2010. Show all posts

2010-09-30

Tapai Tok Peáh

2 komen

'tapai' Tok Pe'ah Utan Aji

tak tau lah pulak aku apa nama sebenar mak mertua makcik husben aku, tapi yang pastinya, orang tua tu kompom akan buat tapai setiap kali menjelang lebaran.. means, kalo nak makan tapai, kena pi umah makcik aku beraya.. Kalo pi umah makcik aku beraya, dapat makan tapai.. jadi tapai dan Makcik Ri tak dapat dipisah-pisahkan.. kalo dipisah-pisahkan, makanya aku pun tak tahu.. :-p

diorang cakap ada satu dua pantang larang dalam proses nak buat tapai. Tapi yang paling aku ingat, kalo ada sesiapa yang menegur si pembuat tapai ketika si pembuat tapai tengah mengambil daun pisang atau daun keladi, maka tapai nanti takkan menjadi! Si pembuat tapai jugak mestilah suci dari hadas besar.. kalo tak, tak menjadi jugak!!

gitulah ceritanya bagi tapai made in Perlis,.. kalo kat tempat lain mungkin ada pantang-larang lain?

wallahualam..

p/s: AWAS! air ala-ala kaler hijau dalam gelas tu bukan air jimi asmara k!!

2010-09-29

Selit ckit..

0 komen

yo!! it's me!!
eh!! eh!! ingat dah balik Perlis tak kembali-kembali ke Baling dah! tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kampung sendiri... hahaha..

ni nak selit ckit gambar-gambar masa beraya kat kampung aku.. lepas nie takde dah nak upload gambar raya kat sana.. sob..sob..

aku dan adik..

zafri gemar main kat belakang umah..

suami,anak dan adik.

hmm...

sebelum kuar umah beraya, chek dulu duit raya ada atau takda dalam sampul tu menggunakan tenaga solar (ceh!).. tak ingat pulak mana datangnya sampul tu.. dan hasilnya, memang ada duit dalam sampul tu, tapi dah tak ingat berapa rm.. sampul tu sape punya ehh?

the end.

kalo dah kawen...

3 komen

kalo dah kawen, apa nak buat... terima jer lah... huhuhu..

tak puas beraya kat umah mak, malam raya dah kena balik beraya kat umah belah suami pulak.. jadi, sebelum balik, haruslah bersalam-salam dengan adik-beradik, kakak ipar sume.. entah bila lah boleh jumpak pulak..

Hariz tengah tunggu duit raya.. hahaha

Hazim yang berpuasa penuh sebulan.. tahniah!! baru 5 tahun!

beraya dengan Hazam pulak..

adik yang bongsu.. ni kakaknya si eda gatai nak amik gambar ala-ala bagi cek.. kuikuikui..

bergambar beramai-ramai... alahai..beratnya hati nak balik.. sob...sob...

eceli, aku balik berpuasa kat kampung kira-kira seminggu sebelum raya.. hari sabtu bertolak dari penang.. hanya aku yang bercuti tapi husben keje lai sampai rabu...

nie sume adik ipar aku punye pasal lah!! nak bertunang time raya-raya nie! raya, raya lah! apa nak bertunang2 pulak! huh!! (cis marah giler aku!) ikut perjanjian masa raya tahun lepas, raya tahun ni , yakni giliran beraya di kampung aku, plan raya kedua petang-petang ckit barulah balik perlis.. yelah, time giliran raya sebelah suami tahun lepas, kami balik kampung aku raya kedua petang wei!!kul6 bertolak!! dekat2 kul12 baru sampai umah mak aku.. lewat sebab kami balik ikut SP, tak ikut Pendang..

(entry marah-marah kat bawah nie..)
tetiba tahun ni adik ipar aku nak bertunang pulak.. alasan tak dapat buat tarikh lain sebab abang bakal adik ipar aku susah nak dapat cuti.. keje kat johor katanya.. cehh!!! alasan lapuk!! keje kat Australia pun kalo nak balik, balik jugak.. takpelah.. aku kenelah bersabar.. tapi yang buat aku lai rasa tak syok sebab bila hari bertunang tue, abang bakal adik ipar aku tu tak jugak ade masa adiknya bertunang!! cis!!cis!!cissss!! naya betullah!! yang mak mertua aku pulak, masa aku tanya dia time balik berbuka puasa merdeka day hari tu, katanya raya kedua nak bertunang, tapi tetiba bila dia ajak orang pergi meminang, dikatanya raya ketiga! tu nak menipu menantu la tu!! coii!! coi!!

p/s: jeles lak aku baca blog sepupu yang memang tiap2 taon beraya kat kampung dia saje..
(sekian entry marah-marah)

nak balik tu, mak aku kirimkan 2 batang lemang pulut dengan 1 batang lemang tepung berserta rendang daging yang memang sedap sebagai buah tangan.

2010-09-28

hari raya

2 komen

Kalo bukan sebab adik aku, eda nak sangat kuar beraya ditambah alasan dia malas nak jamu orang, so, kami pun bersiap2 lah nak kuar beraya.. lagi pun, mak memang dah lama rancang nak bawak kami anak-beranak pi beraya umah adik-beradik dan kawan-kawan dia yang memang banyak tolong dia time kenduri2.. jangan sampai umah pak mahmud, pakcik karim, maklang midah, (sape lai ek?) kami tak tahu! orang pun kami tak kenal! jadi, raya2 nie, dah alang2 berkumpul anak-beranak, apa salahnya kuar menziarah!


sempat bergambar kenangan bersama mak,abang sham dan adik2 perempuanku..
siapa paling manis??


bergambar dengan kakak-kakak ipar yang memang terbaik!!


biras-biras perempuan sedang bergambar..
lupa lak nak suruh laki aku masuk sekali, kalo tak boleh buat tajuk 'para menantu mak'


menantu baru mak. dah pegnen.. bulan 10 baru bersalin..


menantu sulung mak.. penyumbang utama baju raya kat adik2ku..
dah mantop kak sumanti ni, bisnes baju kurung dan rantai tangan sabah yang diusahakan pun makin maju.. tahniah!!


zafri dan abahnya.. sempoiii!!


suami, anak, eda dan hariz..


adik2 perempuanku bergambar dengan abang sham (abg sulung)

bergambar dengan abang husni (abang kedua)
baru sampai pagi raya tu.. yeye! abg nie balik!!


nak kuar beraya dah.. sempat pegi 2 buah rumah je sebelum tengahhari..


mak naik keta abang sham..
abang ni takmo pergi sebab baru sampai jer pagi tadi..


siap nak gi beraya.. macam biasa, akulah yang akan drive..
yang naik keta aku adalah eda dan pizah.


nasib baik time nak kuar beraya nie takder sape2 yang bertandang kat umah, kalo tak, masuk umah baliklah jawabnya.. raya pulak jatuh hari jumaat! jadi kena plan betul2..

time raya hari tu, cuma sempat beraya 2 buah rumah je sebelum tengah hari.. lepas balik rehat untuk sembahyang Jumaat, kami sambung balik kuar beraya start pukul 3. sempat beraya umah Ramli Motor menziarah maklong Yang yang khabarnya terjatuh tepi sungai.. mak mertua jutawan kereta kat Baling ni dah dapat alzheimer.. tak sangka pulak.. sebab masa kenduri abang Con aku bulan 12 ari tu dia okey lagi! hari tu, kami sume dia dah tak kenal.. sob..sob..

lepas tu pegi umah adik beradik berdekatan.. umah makngah yam, umah cu kiah (kawan mak), umah makteh kila, umah maklong jah, umah makcik miah.. nak beraya jauh kat pendang dan batu kurau sana tunggu esok atau lusa.. tapi malam raya tu aku dah balik umah family sebelah suami kat perlis, beraya kat sana pulak.. aduh!!

sekianlah entry raya untuk 1 syawal tahun ini (2010).






2010-09-24

Malam raya..

0 komen
Setelah sekian lama melengkor malas tak hengat nak hupdet blog, maka sejarah besar tercetus hari ini bila mana tetiba rasa rajin nak tebas2 semak samun kat blog ni! nasib baik la baru lepas raya.. ada la ckit2 cerita a.k.a bahan nak dipertontonkan kepada kengkawan a.k.a follower yang tersayang.. cewwwaaahhh!!!!

malam raya, takder buat apa2 pun.

masak rendang?
hmm... rendang dah siap masak petang tu. Cuma menunggu lemang untuk diamik kat umah sepupu mak. Eceli, Pak Mahmud dah tepon petang tue suruh gi amik, tapi ujan pulak.. so, malamnya gi amik itu lemang..

kemas umah?
tak payah kemas,,dah kemas dah pun sejak azali... hahahaha...

masuk duit raya dalam sampul?
yang nie awal2 lai dah buat..

so, sementara tunggu mak balik bawak lemang, aku ngemas2 kat dapur.. basuh2 gelas2, pinggan2 yang kotor dan untuk jamu orang datang raya besok. Sambil2 mengemas dapur, dapat jugak aku menghirup udara segar daging dan ayam yang dibakar buat barbeque.. cuba tengok gambar kat bawah ni!!


nasib baik la ada budak kecik dua orang nie.. gigih bakar ayam dan daging yang mak diorang perapkan sejak petang tadi! yang budak kat belakang tue, tukang chek sedap ke tak sedap! ciss!!


best! best! tahun depan boleh buat lai... dah ada tukang bakar..


dah gemuk ckit dah abang aku nie.. pandai bini dia jaga.. harap aku, laki makin kurus pulak jadiknye.. hehehe..


tak penat si hazam nie membakor... tahniah2!!


daging dan ayam bakar.. hasil perapan oleh Kak Sumanti. Idea oleh abg Sham.. biasalah kan, orang laki memang suka bagi idea2 ni,tapi tang nak buatnya, liat ckit... huhu..


sebenarnya, baru tahun nie kami try buat ayam daging bakar2 ni.. sebelum ni, tak penah buat pun.. selalunya, malam raya mak dengan aku serta adik2 dan kakak ipar aje yang tolong mak ckit2 kat dapur untuk buat bihun sup atau pun laksa.. tapi tahun ni, masak nasik. menu nasik nie memang tak penah ada dalam hidangan lebaran pun.. ramai adik beradik mai umah cari bihun sup atau laksa, sebab nasik diorang dah buat..

nasik aku tak snap pun sebab nasik dimasak pada tengah hari raya... kakakaka... pagi raya kami sibuk kuar beraya.. lepas jumaat, kuar lagi beraya sampai kul7 petang! tahun ni memang berbeza sungguh. bukan kami lagi tunggu orang mai umah, tapi kami pulak pergi umah orang.. selalunya, elok nak kuar umah aje, orang sampai.. kali ni, pagi-pagi lagi semua dah siap2..

raya tahun ni memang berbeza.. tapi tetap hepi!! gitulah entry 1st untuk raya kali ni. Selamat Hari Raya!!






Ping entry

My Ping in TotalPing.com