Showing posts with label Our Perlis... Show all posts
Showing posts with label Our Perlis... Show all posts

2010-09-30

Tapai Tok Peáh

2 komen

'tapai' Tok Pe'ah Utan Aji

tak tau lah pulak aku apa nama sebenar mak mertua makcik husben aku, tapi yang pastinya, orang tua tu kompom akan buat tapai setiap kali menjelang lebaran.. means, kalo nak makan tapai, kena pi umah makcik aku beraya.. Kalo pi umah makcik aku beraya, dapat makan tapai.. jadi tapai dan Makcik Ri tak dapat dipisah-pisahkan.. kalo dipisah-pisahkan, makanya aku pun tak tahu.. :-p

diorang cakap ada satu dua pantang larang dalam proses nak buat tapai. Tapi yang paling aku ingat, kalo ada sesiapa yang menegur si pembuat tapai ketika si pembuat tapai tengah mengambil daun pisang atau daun keladi, maka tapai nanti takkan menjadi! Si pembuat tapai jugak mestilah suci dari hadas besar.. kalo tak, tak menjadi jugak!!

gitulah ceritanya bagi tapai made in Perlis,.. kalo kat tempat lain mungkin ada pantang-larang lain?

wallahualam..

p/s: AWAS! air ala-ala kaler hijau dalam gelas tu bukan air jimi asmara k!!

2010-09-29

Selamat Bertunang..

0 komen

and warmest welcome from the most sincere heart from me and family!!





Tahniah yer..!!

walaupun berat hati nak balik meninggalkan kampung halaman malam raya (kira-kira pukul9 bertolak), tapi kenalah lalui jua.. apatah lai apabila teringatkan di sebelah suami adalah merupakan penyumbang terbesar duit raya kepada si kecik Zafri tu.. hehehe... bukan mata duitan tapi kesian kat suami... (ehem..ehem..)

pagi raya kedua, aku,suami dan zafri bertolak beraya ke rumah makcik suami dekat Utan Aji.. nanti kami gerak sama-sama ke umah tok dekat Batu Pahat. Pak Mak mertua dengan 2 orang adik ipar aku sudah gerak ke umah tok terlebih dahulu.. kira kami split la kat pertengahan jalan tu.. Malamnye, aku, suami dan anak tido di sana. Dalam kul9 malam suami aku kuar dijemput kengkawan dia. Gi borak dan makan-makan. Kul2 pagi baru sampe umah.. tahun lepas tak dapat jumpa kawan2 dia sebab petang dah balik beraya kat kampung aku..huhu..

so, hari raya kedua tu takde buat apa-apa. Bertunang hari raya ketiga. Kami diminta hadir pukul11 pagi. Kira-kira 7 buah kereta berarak pergi meminang. Syukur segalanya sudah selesai.





2010-03-03

Leonardo Da Vincci....

5 komen
Walaupun gambar2 di bawah ini bukan hasil lukisan pelukis agong yang telah lama mati.. menjadi lagenda.. gambar2 di bawah ini jugak layak diberikan credit (cewah!!) kerana keindahannya..


aku jadikan gambar ini sebagai desktop walpaper kat pc aku di opis..


Gambar atas nie memang cantik!! tak sangka, komandan yakni bos aku yang nombor 1 puji..
sanggup dia datang dekat pc aku dan terangkan kat aku tentang rules2 berkenaan teknik nak tangkap gambar.. memang dia sorang fotograper.. sumer gambar2 kat kawasan pejabat kami dia yang amik.. dalam banyak2 yang dia terangkan kat aku, yang aku dapat ingat adalah istilah nie.. "Rules of 3rd".. yang mana sesebuah gambar itu terbahagi kepada 3 bahagian.. ish,nak terangkan pun tak brape nak reti sgt! hehe.. ditambah dengan jentera kat tepi jalan tue.. kedudukannyer i means! kalo dekat sangat dengan skrin pun tak elok sangat.. kalo jauh sangat pun tak cantik jugak.. jadi kedudukannya boleh dianggap strategik dan menghidupkan gambar tue.. kalo takde jentera tue, ibarat gambar nie mati.. kusam.. dull..

so, lepas bos aku puji gambar tue dengan penuh semangat dan kagumnyer, aku pun bercita2 lah lepas tu; nak tunjukkan kat dia gambar2 yang aku anggap menarik dan berkualiti.. aku pun rasa seronok jugak kalu ade orang yang suka dan minat apa yang aku buat.. sama pandangan.. sama pendapat.. yang pentingnyer dipuji.. walaupun bukan asal karya tue aku punyer.. kalo aku gtau bos aku bhwa aku yang snap gambar nie pun, bukan dia tahu.. bolehlah berbangga ckit.. tapi, aku bukan keji camtue.. so aku tanyer kat bos aku "Tuan tahu tak kat mana gambar nie di ambil?, gambar nie diambil kat Felda Chuping, Perlis.. tapi bukan saya yang amik; adik ipar saya yang amik! saya dapat gambar nie dari Facebook dia. Ada banyak lai gambar2 yang menarik dan cantik2!! Tuan mesti tengok! nanti saya tunjuk!! bos aku cakap; "bagus!! tunjukkan pada saya!!" so.. apa lai.. aku pun bercadang nak tunjukkan kat dia gambar2 kat bawah nie..



cantik tak?



hebat kan??




Love: Unai :-)

2010-02-03

Buat longkang

6 komen
hihihi...

jangan terkejut... bukan aku yang buat longkang.. mana larat nak angkat simen, pasir.. nak kacau pasir lai.. ratakan simen.. mak aii!! tentu berpeluh2 nanti... kang busyuk lak badan aku.. hihi.. ceh! perasan wangi benor engko!!

mana dia kata semalam nak hapdet pasal cacing? errmm... nanti2 lah... aku updet pasal orang2 dulu.. kang cacing tu lebih glamer lak dari orang... sian cacing difitnah kat blog nie... wahhh... dengan berani nyerrr aku fitnah cacing2 kat sni..!! aku ckit pun tak takut!! peduli apa aku!! (cehh!! dengan cacing boleh la engko nak berlagak!!)

Actually, bukan aku yang buat longkang.. malah time aku snap gambor ni pun aku belum mandi.. tapi menten anggun gitu.. ya ALLahh!! PERasaN lai!! kuang3x.. tapi, bau toksah cakap arr.. tapi disebabkan aku berada di kalangan orang yang buat kerje lebih berat dari aku, so automatik aku kurang busuk ckit dari mereka.. atau pun dengan kata lain, mereka lebih busuk dari aku.. Ermm..nak perasan jugak tue... amiklah!! hihi..

Siapa mereka? sebenarnya mereka tu adalah 3 orang jantan2 malaya.. 3 generasi.. pak mertua aku (ayah), husben aku (ko tak tau lai ke gelaran dia?takkan itu pun aku nak kena tulis??ceh marah lak!!) dan muhammad zafri (sayang ibu).. heee..


budak rajin..


mereka ni la yang jadi kontraktor buat umah (longkang sebenaunye.. saje je nak bagi sedap sebut..kiki).. respek kat ayah mentua aku sebab pandai buat sebahagian besau umah kat perlis tue..

yang husben aku pun jadi mcm co-contraktor arr.. tolong2 buat.. tapi langsung tak nampak macam pro!! jgn marah haa... tapi kira ok la, sebab jadi jugak longkang tu.. bravo2 (bodek2 sebab malam ni pasar malam..)



nampak tak beza?? nampak laa... penat aku snap ari tuee....



tengok lah cik asfizan ni tengah menenyeh2 simen... tinggi jugak simen tu...



pandai tak aku amik angle2 yang sesuai ajer untuk aku muat dalam blog nie? patut aku jadi photograper dari dlu lai... (mula daaahhhh.....!!)


yang anak aku pulak, zafri ni asik jenjalan... tinggal jejak sana sini.. nasib baik lah dia tak g kacau kolam simen tue.. kalo tak.. kena dukung senantiasa lah jawabnyer sayang ibu tue...



yang ni baru betul pemenang "baby with nature.. sugarissa contestant.. (betul ke aku aje?)



hihihi.... sejak2 berblogging nie, apa saja aktiviti aku snap.. dah jadik macam ''kameramen bertauliah lantikan sendiri" jerr... hihi... sesungguhnya... aku dan kamera sukar dipisahkan walaupun sebenarnye aku guna henset ajer snap2 gambo2 sumer... yerlah.. takkan nak cakap "sesungguhnyer aku dengan henset kamera sukar dipisahkan kot..???"


ni gambo2 dari takda longkang kepada longkang...


gitulah...


sekiaannnnnnnnnnn...


Love: Unai :-)

Ping entry

My Ping in TotalPing.com