2012-02-01

Posting!!


Alhamdulillah.

8hb februari ni aku akan posting ke Merbok, Sungai Petani Kedah.
syukurr.... syukur.... syukur.....

harapan sebenar nak tukar keluar terus dari Kementerian Pertahanan,
tapi sebaliknya- berkhidmat dalam kementerian ini lagi - mungkin rezeki masih dengan Mindef...
apa2 pun, aku kena percaya ada hikmah disebaliknya..

dapat memo kul4 petang semalam.
terus aku sms husben, mak, abang-abang aku, kak ipar, adik-adik aku semuanya!
saja nak tengok apa respon diorang..
dan semuanya tumpang seronok dengan berita tu..

aceli, aku tak apply pun permohonan nak posting ni..
bulan 12 tahun lepas ada isi borang CPA1 dan bos besar pun dah sign,
surat personal yang taruk ayat sedih2 pun dah karang,
tapi silap taruk nama fail pulak kat surat nak minta tukar tu.. bila nak print semula ink pulak habis!
oh ya, surat tu adalah surat permohonan aku untuk keluar terus dari kementerian..
disebabkan sibuk biasalah dah hujung tahun, aku peram surat tu dalam laci..
dan surat tu dengan borang CPA1 tu aku peram dah dekat 1 bulan lebih dalam laci...kekeke..

kalo dah rezeki aku, rezeki aku jugak kan?
tetiba dapat memo arahan pertukaran petang semalam.
siap dalam memo state kat situ boleh claim tuntutan miliage!
tak apalah walau masih dalam Mindef lagi, asalkan aku keluar dari sini..
boleh tengok tempat baru,
dan merasa dapat boss tentera darat pula buat kali kedua!
alah bisa tegal biasa!!!

0 komen:

Post a Comment

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry