2012-02-15

Pesanan bagi semua pengguna lebuhraya


Salam.


info ni aku dapat dari Ct~ member yang belajar satu course dengan aku. bagus info ni bagi orang yang macam aku yang kerap menggunakan lebuh raya samada untuk pergi ke kelas ataupun balik kampung.. hehe.. .. 

meh kita share dan sama-sama beringat-ingat.. ;)

gambar credit dari google.



1- Jangan letak kenderaan anda di kawasan parkir yang jauh atau gelap semasa berhenti dimana-mana R&R. Penyangak akan mengambil kesempatan untuk masuk ke bawah bahagian depan kenderaan anda untuk membuka (loose) saluran air keluar radiator!


2- Bila anda masuk ke dalam kenderaan untuk meneruskan perjalanan (biasanya tak sampai 10km), temperature kereta anda akan jadi overheat kerana sudah banyak air & coolang yang terbuang keluar.

3- Sebaik saja anda berhenti untuk memeriksa kenderaan, sudah tentu anda akan didatangi oleh PENYANGAK/KUNCU2NYA menawarkan pelbagai jenis bantuan atau cuba `membantu' anda membaiki enjin!

4- Mereka-mereka ini menggunakan `modus operandi" yang sama!




Untuk peringatan semua, lakukan langkah2 berikut:



* jangan sesekali membiarkan orang yang tidak dikenali memeriksa kenderaan anda di lebuhraya.

* hanya peronda PLUS saja yang boleh memeriksa kenderaan anda.

* tunggu sehingga peronda PLUS sampai. Sekiranya kerosakan itu kecil mereka akan membantu `on site'. Sekiranya kerosakan itu besar, peronda PLUS akan memunda secara percuma ke susur keluar yang berhampiran dgn tpt kejadian.


sama-sama kita amalkan langkah berjaga-jaga. mencegah lebih baik!
ok bye!
salam.

0 komen:

Post a Comment

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry

My Ping in TotalPing.com