2010-11-23

call yang ditunggu-tunggu!


salam..

hihihi.. ni tengah ber-riang2 dalam hati ni!!

bukan apa, tapi tengahari tadi saya dapat call dari ANMUM CLUB.. yippiee!!

sbg makluman, sebelum hujung bulan 10 lepas saya ada hantar borang nak tebus susu percuma Anmum Essential langkah 3 (1 thn ke atas) bersama-sama hujung scoop asal susu kpd ANMUM CLUB.. ingat lai 2-3 bulan baru nak dapat susu percuma tu, tapi tak sangka dalam 3 minggu aje, diorang dah call tanya..

borang yang dihantar untuk tebus susu percuma.

tapi saya rasa confius sebab diorang tanya jumlah scoop yang dihantar untuk ditebus.. eh, takkan hilang scoop susu tu? oh, rupa-rupanya diorang saje nak kompom!! ermmm.. masa nak hantar tu saya ada kira, tapi dah lupa lah!! jadi, cakap ajelah 18! tapi saya rasa dan ingat2 pun macam 18 kut... nak dapat 3 kotak susu percuma.. mungkin betullah kot, sebab lepas tu, diorang takde tanya-tanya lai..

sikit aje, harap-harap betul 18 keping..

lepas tu, diorang kompomkan pulak alamat destinasi yang saya bagi tu.. diorang cakap takut SkyNEt cari tak jumpa atau takder orang.. hehehe.. eceli, saya bagi alamat kampung, umah mak sebab nanti nak balik cuti bersalin kat sana.. jadi, dah nama pun cuti bersalin dan berpantang, kompom saya akan sentiasa berada di umah! insyaAllah.. hihi..

lepas tu, dia mintak pulak nombor telefon husben saya.. bagi jangan tak bagi!! susu percuma punya pasal.. takder keraguan lai!! :-p

last sekali, dia gitau bahawa penghantaran akan dilakukan dalam masa 3 minggu dari sekarang. Alhamdulillah.. rezeki..


p/s ~ tahun lepas ada terbaca kat blog mamalieyna pasal tebus susu percuma ni, lepas dah tahu, terus berazam kumpul scoop2 susu anak! nasib baik tebus-menebus masih diorang buat tahun ni, kalo tak, penat saya ngumpul! hee...tak sabar nak tunggu SkYnet mai umah! :-)
tengkiu ANMUM!.

3 komen:

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry

My Ping in TotalPing.com