2010-09-29

kalo dah kawen...


kalo dah kawen, apa nak buat... terima jer lah... huhuhu..

tak puas beraya kat umah mak, malam raya dah kena balik beraya kat umah belah suami pulak.. jadi, sebelum balik, haruslah bersalam-salam dengan adik-beradik, kakak ipar sume.. entah bila lah boleh jumpak pulak..

Hariz tengah tunggu duit raya.. hahaha

Hazim yang berpuasa penuh sebulan.. tahniah!! baru 5 tahun!

beraya dengan Hazam pulak..

adik yang bongsu.. ni kakaknya si eda gatai nak amik gambar ala-ala bagi cek.. kuikuikui..

bergambar beramai-ramai... alahai..beratnya hati nak balik.. sob...sob...

eceli, aku balik berpuasa kat kampung kira-kira seminggu sebelum raya.. hari sabtu bertolak dari penang.. hanya aku yang bercuti tapi husben keje lai sampai rabu...

nie sume adik ipar aku punye pasal lah!! nak bertunang time raya-raya nie! raya, raya lah! apa nak bertunang2 pulak! huh!! (cis marah giler aku!) ikut perjanjian masa raya tahun lepas, raya tahun ni , yakni giliran beraya di kampung aku, plan raya kedua petang-petang ckit barulah balik perlis.. yelah, time giliran raya sebelah suami tahun lepas, kami balik kampung aku raya kedua petang wei!!kul6 bertolak!! dekat2 kul12 baru sampai umah mak aku.. lewat sebab kami balik ikut SP, tak ikut Pendang..

(entry marah-marah kat bawah nie..)
tetiba tahun ni adik ipar aku nak bertunang pulak.. alasan tak dapat buat tarikh lain sebab abang bakal adik ipar aku susah nak dapat cuti.. keje kat johor katanya.. cehh!!! alasan lapuk!! keje kat Australia pun kalo nak balik, balik jugak.. takpelah.. aku kenelah bersabar.. tapi yang buat aku lai rasa tak syok sebab bila hari bertunang tue, abang bakal adik ipar aku tu tak jugak ade masa adiknya bertunang!! cis!!cis!!cissss!! naya betullah!! yang mak mertua aku pulak, masa aku tanya dia time balik berbuka puasa merdeka day hari tu, katanya raya kedua nak bertunang, tapi tetiba bila dia ajak orang pergi meminang, dikatanya raya ketiga! tu nak menipu menantu la tu!! coii!! coi!!

p/s: jeles lak aku baca blog sepupu yang memang tiap2 taon beraya kat kampung dia saje..
(sekian entry marah-marah)

nak balik tu, mak aku kirimkan 2 batang lemang pulut dengan 1 batang lemang tepung berserta rendang daging yang memang sedap sebagai buah tangan.

3 komen:

  1. adehh... nasib la.. ala, bukan jauh penang-kedah-perlis tu.. satu UTARA jugak! hehehe

    ReplyDelete
  2. hmm.. biasa la tu..
    mcm kami lak, janjinya klau beraya, setiap tahun beraya kt 1 belah je. klau thn ni raya belah suami, makanya belah suami je lah. klau belah isteri, makanya beraya belah isteri je la.

    yg rasa kureng skit tu, tiap kali smpai turn umah famili aku, mesti en.hubby x dapat cuti @ cuti skit. sgt geram hokey! alasannya, thn lepas dah cuti panjang. pandai ye!! time turn dia, reti plak nk cuti panjang2. adeh. sabo je la..

    ReplyDelete
  3. sob...sob..sob.. lai sedey dgr citer kak ann..

    nak kata macam ni lah nasib insan bergelar isteri, tak patut jugak sbb mrs.k tue lain pulak ceritanya.. apa nak kata, rezeki dan nasib masing2 lah kan..? :-)

    ReplyDelete

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry