2010-09-28

hari raya


Kalo bukan sebab adik aku, eda nak sangat kuar beraya ditambah alasan dia malas nak jamu orang, so, kami pun bersiap2 lah nak kuar beraya.. lagi pun, mak memang dah lama rancang nak bawak kami anak-beranak pi beraya umah adik-beradik dan kawan-kawan dia yang memang banyak tolong dia time kenduri2.. jangan sampai umah pak mahmud, pakcik karim, maklang midah, (sape lai ek?) kami tak tahu! orang pun kami tak kenal! jadi, raya2 nie, dah alang2 berkumpul anak-beranak, apa salahnya kuar menziarah!


sempat bergambar kenangan bersama mak,abang sham dan adik2 perempuanku..
siapa paling manis??


bergambar dengan kakak-kakak ipar yang memang terbaik!!


biras-biras perempuan sedang bergambar..
lupa lak nak suruh laki aku masuk sekali, kalo tak boleh buat tajuk 'para menantu mak'


menantu baru mak. dah pegnen.. bulan 10 baru bersalin..


menantu sulung mak.. penyumbang utama baju raya kat adik2ku..
dah mantop kak sumanti ni, bisnes baju kurung dan rantai tangan sabah yang diusahakan pun makin maju.. tahniah!!


zafri dan abahnya.. sempoiii!!


suami, anak, eda dan hariz..


adik2 perempuanku bergambar dengan abang sham (abg sulung)

bergambar dengan abang husni (abang kedua)
baru sampai pagi raya tu.. yeye! abg nie balik!!


nak kuar beraya dah.. sempat pegi 2 buah rumah je sebelum tengahhari..


mak naik keta abang sham..
abang ni takmo pergi sebab baru sampai jer pagi tadi..


siap nak gi beraya.. macam biasa, akulah yang akan drive..
yang naik keta aku adalah eda dan pizah.


nasib baik time nak kuar beraya nie takder sape2 yang bertandang kat umah, kalo tak, masuk umah baliklah jawabnya.. raya pulak jatuh hari jumaat! jadi kena plan betul2..

time raya hari tu, cuma sempat beraya 2 buah rumah je sebelum tengah hari.. lepas balik rehat untuk sembahyang Jumaat, kami sambung balik kuar beraya start pukul 3. sempat beraya umah Ramli Motor menziarah maklong Yang yang khabarnya terjatuh tepi sungai.. mak mertua jutawan kereta kat Baling ni dah dapat alzheimer.. tak sangka pulak.. sebab masa kenduri abang Con aku bulan 12 ari tu dia okey lagi! hari tu, kami sume dia dah tak kenal.. sob..sob..

lepas tu pegi umah adik beradik berdekatan.. umah makngah yam, umah cu kiah (kawan mak), umah makteh kila, umah maklong jah, umah makcik miah.. nak beraya jauh kat pendang dan batu kurau sana tunggu esok atau lusa.. tapi malam raya tu aku dah balik umah family sebelah suami kat perlis, beraya kat sana pulak.. aduh!!

sekianlah entry raya untuk 1 syawal tahun ini (2010).






2 komen:

  1. tak dan nak pi la tu.. tapi batu kurau tak tunggu raya boleh sampai.. hehe..

    ReplyDelete

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry

My Ping in TotalPing.com