2010-04-07

Maulana AF8- minat jugak aku kat budak ni!!

Hihihi...

masuk ari nie, dah satu minggu aku tak hupdet apa2 kat blog nie! update komen2 yang masuk ada la!! jangan cakap aku buang tabiat lak, yelah!! seminggu senyap-sunyi tetiba ari nie buat entry, cerita pasal Maulana AF8!! ;-) Oh! lupa lak nak gitau anda sumer bahawa ana sangat2lah biziER mulai dari 26 Mac lepas! sebab pelatih masuk daftar 27-30 Mac.. then ada lai yang lapor ckit2 lepas tarikh tue.. then nak buat claim2 lai.. makan..minum.. penginapan.. bas.. keta salun.. taklimat kat bebudak lai.. nak hupdet nama2 lai.. pelatih balik Good Friday..Easter Day.. Ching Ming lah! itu ini.. macam2 arrr... sebab tue lah sibuk tue! nak hupdet entry nie kena amik waktu yang sesuai.. kalo tak, entry aku nanti jadi macam belacan! sekurang2nya, biarlah entry aku berkualiti! tak banyak, sikit pun okey! betul tak?

Yep!! ari nie aku nak publish entry pasal Maulana AF8 yang sememangnya menarik untuk dipandang! tak banyak pun, sikit aje.. so... luang2kanlah masa anda untuk aku dan Maulana keh!! :-p

Maulana. hmm.. boleh dikatakan aku dah mula meminati budak nie!! sebab ape ek?? aku bagi 3 sebab ajelah sebab nak cerita banyak2 kang, panjang lak post aku! kang, tak sempat lak nak publish ari nie!!

sebab 1:
aku tahu aku mula tertarik dengan Maulana nie sebab....... sejak 2 minggu nie aku asyik 'ter'nyanyi2 lagu yang dia bawakkan masa Konsert Mingguan; minggu-2 dan minggu-3!! aku nie.. kalo dah asyik ternyanyi2 lagu sorang penyanyi tue.. maknanya aku dah minat kat penyanyi tue la!! sebab biasanya aku akan nyanyi2 lagu artis2 yang aku minat aje!! macam dulu, kalo sekali aku tengok siti nurhaliza nyanyi dan aku tertarik dengan persembahan dia, lepas rancangan tue dah abih pun, mesti boleh tengok aku dok nyanyi2 lai lagu tue!! tu tandanya, aku dah minat arr.. macam maulana nie, lagu mat salleh yang dia nyanyi sabtu lepas tue memang best!! siap nari2 lai! memang best arr!! terpukau mata aku tengok dia perform malam tue!! korang camna? terpukau tak??

so..tadi, time senggang2, teringin nak search kat pakcik google konsert dia yang Ahad lepas tue! haah.. walaupun ada dapat info search kat mylook boleh dapat duit, tapi, aku setia pada Uncle G!! hahaha... back to the stori... aku search bukan apa, sebab teringin nak tengok tarian dia lai sekali!! macam taksub lah pulak!! tetiba terjumpa blog step-mom maulana nie! lawa jugak step-mom dia ekk!!

stepmom maulana..
kalo terjumpa, boleh panggil Kak Ungku key!! :-)




ini print-screen blog Kak Ungku..
klik gambo kalo nak gi ke blog Kak Ungku... aku dah link-kan utk korang..
sila2 bagi sesiapa yang berminat..



Kat blog nie, dapatlah aku tengok gambar Maulana masa kecik2 dulu..
mmm.... tak banyak beza kan?
muhammad zafri bila dah besar nanti, beza ke tak agaknya...
hummm... tak saborr lak rasanya!!


sebab 2:
aku tertunggu-tunggu persembahan maulana.. sejak aku tengok persembahan dia 2 minggu lepas, lagu ibu dia tue (S.Mariam)... aku jadi tertunggu2 nak tengok persembahan dia minggu ke-3 pulak!! seolah2 maulana nie lah 'entertainer' yang aku tunggu2 dalam konsert AF!! dalam ramai2 pelajar yang perform, aku nampak maulana menyerlah!! tarian dia diingati!! seolah2 maulana nie ibarat artis yang muncul membuat persembahan di waktu selingan dan bukannya student AF!! dalam ramai2 student AF, maulana lah yang paling 'nampak' kesungguhan dia tatkala buat persembahan!! student lain pun bersungguh2 jugak, tapi mungkin dalam hati jer kut... hohoh!!

sebab 3:
maulana buat aku tertunggu2 konsert AF setiap minggu!! sejak 2 tahun nie, konsert AF aku buat tak tahu ajer!! nak tengok pun malas!! kalo tengok pun, time last2 je,.. sebab nak tahu sape yang tersingkir!! kadang2 tue, tak tengok langsung live AF! ibarat kata, nak teka sape menang pun malas!! bayangkanlah!! tapi, tahun 2010 AF kali nie.. nampaknya berbeza sama sekali! aku berani kompom, Maulana top3 finalist AF nanti! sebab.. aku nampak sinar bintangnya yang berbeza.... and....


He...


.
.
.


.
.
.


lain dari yang lain....

can u see it??



Love: Unai :-)

6 komen:

  1. hehe..pnjg lebo hujahan dia psl maulana eh..hehe..kita lum tau nk minat sapa..huhu..

    ReplyDelete
  2. lama dah tak tengok AF..sini mana nak tengok..British Got Talent ada la..good luck maulana..nama yang sangat unik..:)

    ReplyDelete
  3. Assalam Unai....sambutlah salam perkenalan dari Kak Ungku. Emmm terima kasih dengan komen-komen dari Unai mengenai Maulana. Bagi saya antara orang yang paling dekat dengan diri Maulana, memang nampak bakatnya dlm bidang nyanyian... kuah nak tumpah ke mana... kan? Cuma Abah dia dah meletakkan syarat untuk mendapat restunya, dlm apa keadaan sekalipun Maulana mesti berusaha complete kan degree dia. Dia memang serba boleh Unai, educated, talented, good guitarist, creative and very determine....kalau dah suka pada sesuatu dia akan berusaha melakukan yg terbaik. Dia juga merupakan seorang ahli sukan...pemain softball & kriket utk sekolah, daerah, negeri, universiti dan negara.

    Maulana mempunyai auranya yg tersendiri. Jika Unai perhatikan wajahnya (penampilan) akan berubah mengikut lagu yang dia sampaikan. Kita suka lihat wajahnya bila dia menyanyi...kan? Maulana boleh menyanyikan banyak genre lagu...balada, jazz, funk, pop, hip hop, classic, broadway dan juga keroncong. Dia memang versatile...he just so talented dan bukan dibuat2...boleh menyanyi dan menari dgn baik...pandai shuffle tuu... Dah menyanyi sejak kecik lagi...sebab itu dia mempunyai 'control of voice' yang baik.

    Mudah-mudahan Maulana mampu melangkah lebih jauh dlm industri muzik tanahair. Sebagai seorang penyanyi & penghibur yang akan menjadi ikon dan contoh yg baik...disegani, dihormati dan disayangi oleh semua fans tanpa mengenal usia suatu hari nanti. Dia memang sukakan budak2 kecik. Anak-anak didik sayapun memang sukakan Abg Maulana dia....;D

    Jadi Unai, teruskan menyokong Maulana... teruskan AFUNDI MAULANA....semoga kita boleh menjadikan impiannya menjadi realiti... insyaAllah. Terima kasih Unai.....

    ReplyDelete
  4. Errrr...sama-sama.. :-o
    secara juj0r.. maulana mmg berbakat!! sgt2 berbakat!! tak tahu nak cakap macam mana lai!! :-)

    p/s:kalo maulana dah grad AF8 besok, gitau kat dia yang unai buat entry special pasal dia kat sini ye kak ungku! hehe.. wahh.. tak sabawnyerrr!!

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah....nanti Kak Ungku akan beritahu & tunjukkan satu persatu mereka yang telah membuat entry pasal Maulana kepada Maulana....ok?

    ReplyDelete

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry

My Ping in TotalPing.com