2010-04-18

Hadirlah Mustika - Spin

Baru kejap tadi masa aku pakaikan anak baju tido lepas tengok konsert AF minggu ke-5 aku tetiba teringat lagu ''Hadirlah Mustika" yang dipopularkan oleh Kumpulan SPIN. Memang lagu nie lagu favourite aku dalam tahun 2002 gitu.. memang selalu diputarkan kat radio.. video klip nyer pun hepi2 jer.. tak sangka bila bukak FB tadi, dapat info bahawa vokalistnyer iaitu Achik telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya!! Fuhh!! tak sangka.. ada makna rupanya!! Walau bagaimanapun, aku ucapkan Innalillah dan Takziah kepada isteri, anak2 dan juga keluarga beliau... Kita yang masih bernafas nie, amiklah berita nie sebagai pedoman.. Hidup hanya sementara!!

Aku titipkan video muzik kat bawah untuk korang sumer.. kalo rasa terjatuh cinta dengan lagu nie, kirimkanlah al-fatihah kepada arwah.. eceli, mmg aku ada terniat nak letak video nie dgn liriknya sekali tadi; sebelum aku tahu berita mengenai pemergian arwah! hanya bertujuan mengimbas memori dan kenangan lama!!


Hadirlah Mustika!!


Hadirlah mustika pujaan hatiku
Ingin kukatakan kucinta padamu
Siang dan malamku terbayang dirimu
Hati tak tertahan bila dah merindu

Engkaulah gadisku idaman yang satu
Dunia yang berlalu hanyalah untukmu
Sambutlah salamku hati yang merindu
Bilakah masanya kita kan bertemu

Andai bisa kubina istana kita
Kan kuhadiahkan padamu
Kusunting dikau bidadari cinta
Kan kusematkan dalam jiwaku

Hilangkan resahmu
Kita bersama nyanyikan lagu asmara
Hiburkan hatimu ikut irama
Tarikan rentaknya

Hilangkan sengketa kita yang lama
Kenangkanlah detik bahagia
Segandingan kita suka dan duka
Oh romantisnya...

Moga terhindarlah rasa yang curiga
Kuntuman kasih mewangi selamanya
Kulafazkan janji di antara kita
Penuh setia selamanya...


...: SpiN :...


1 komen:

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry

My Ping in TotalPing.com