2010-03-19

Windows XP

Sekarang nie, kalo beli pc or laptop rata2 dah guna Windows 7..

macam pc aku kat opis, guna Windows XP.. tapi laptop aku yang aku tengah guna sekarang nie menggunakan Windows 7..

Windows 7 dikatakan lebih ringan daripada Windows XP, sedangkan Windows XP pun kira dah stabil banyak berbanding Windows-windows yang penah wujud sebelum2 nie!! ingat tak Windows95, Windows97, ME.. Vista.. dulu2? hehe.. aku start belajar guna PC masa zaman Windows 95 tau! huhu... Wordstar pun belajar jugak!! nasib baik sekarang Wordstar dah tak wujud sebab tak user friendly.. mana tahan, nak carik fail, simpan, nak tulis huruf2 saintifik ajer mesti kena taip command2 yang memeningkan kepala!! nasib baik Microsoft ada! kan?!! sentiasa mencari solution yang bertepatan dengan kehendak manusia dan perubahan masa!!

Entry kali nie bukan nak citer pasal Windows 7 atau promote apa2.. tapi sekadar nak kongsi info tentang dari mana dapat nama Windows XP!! Tahu tak dari mana datangnya nama 'XP'??

masa aku amik kursus troubleshooting kat Cosmopoint dulu (belajar basic aje..), bila tutor tu tanya kat kami, ramai yang kengkawan aku jawab.. Extra Powerlah!!.. Extra Program..!! Export.. No Problem... macam2lah!! nak tergelak pun ada sebab sumer main teka2 apa dia maksud XP tue, tapi budget2 agak2 logik akal sama arrr.. so.. XP nie apa ek??

XP = Experience!!

Nama nie telah diperoleh berdasarkan pengalaman2 team Microsoft menyelesaikan masalah2 Windows yang wujud sebelum XP! Setelah sumer masalah berkaitan Windows dikaji dan ditemui jalan penyelesaiannya, maka satu Windows baru yang lebih stabil dibangunkan..time nie lah Windows XP diperkenalkan!! Amacam?? mantap tak team Microsoft??

Kalo korang nak tanya source atau fakta2 dari mana aku dapat maksud XP nie, aku dah tak ingat arr... tapi ingatan secara Visual inilah yang kekal sampai sekarang!! Nak percaya atau tidak, terpulang.. boleh jugak tanya acik google yang serba tau tue.. hihihi..



p/s : teringat kat Encik Azri yang memang hensem!!
info tambahan :
Windows ME= Windows Millennium Edition



Love: Unai :-)

4 komen:

  1. windows ME ni popular masa masuk tahun 2000 dulu.. hehehehehehe

    ReplyDelete
  2. saye masih pening pening lalat lagi guna windows 7

    ReplyDelete
  3. sl tEDI : ahah... betul.. win2k=winME kalo tak silap..

    Wanie : haah betul.. setiap kali guna windows baru mesti jadi gagap ckit! :-p

    ReplyDelete

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry

My Ping in TotalPing.com