2010-03-15

Tips Tokwan Aku Untuk Elak Eksiden..

Hohoho... (apa daa hohoho.. krismas dah lama lepas.. stoking pun dah siap amik pakai daaa....)

Salam uols.. sihat ker pagi nie? ari nie aku sihat dan tengah bercuti2 kat kampung... al kisah nak jadi cerita, lepas anak aku mandi, aku gi sidai kain tuala.. (ceh! apa daa.. itu pun nak cakap al-kisah ke???) lepas tu aku masuk dalam umah.. (ma....syarakat....)

tak lama lepas tue, ada orang mai umah aku. Orang tue nak jual meja batu marmar/jubin.. tapi cam biasa, mak aku awal2 lai cakap tak moh (tak nak atau tak mahu..heee). Lepas orang tu balik, baru lah aku gi tengok kat luar... lepas tue mak aku tegurlah aku sebab sidai kain tuala atas keta.. ala, kat bahagian depan yang atas enjin tue.. apa orang panggil bahagian tue? hah!! mak aku suruh aku sidai tempat lain selain dari tempat tue.. sebab katanya arwah tokwan aku cukup pantang buat macam tue.. kalo atas bumbung takpe.. sebab kalo sidai kat situ, nanti keta senang nak eksiden..

sebenarnya, aku tak penah langsung sidai towel kat situ tau! tapi, entah nape, aku rasa nak buat cam orang lain buat..sebab aku penah nampak orang lain buat cenggitu.. tetiba, kena tegur dengan mak aku.. hah! sebab tu lah aku cakap "al-kisah nak jadi cerita"tadi tue..

lepas dengar pantang tue, so, aku ingat aku pun patut berpantang sama! aku pun, amik lah towel tue dan sidai atas bumbung lak! hahaha.. takder tempat lain ker? sengaja aku sidai situ sebab nak bagi cepat kering, sebab ujan kerap lak.. laipun, aku terpaksa ngaku yang aku malas nak gi jenjalan kat penyidai luar tue..hehe.. alasan ke2 nie lai boleh dipakai kot? harharhar..

pantang tokwan korang lak ape ek??



Love: Unai :-)

2 komen:

  1. pemalas betui cucu tokwan halim sorang ni!! cam jauh sangat nak p sidai!! huwawawa....



    *rindu arwah tok sama tokwan!

    ReplyDelete
  2. eh,selalu kami rajin kalo bab2 sidai kain tuala nie.. taksuka sidai dalam bilik tido.. kami pun teringat jugak kadang2..

    ReplyDelete

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry