2010-03-15

Bubur Roti Kapal

Ari Sabtu lepas dalam kul830 malam, aku sefamily bergerak ke Pendang, Kedah iaitu ke umah maknjang aku. Kami tido satu malam kat sana sebab ada operasi makan kenduri.. Esoknya, kami gi makan kenduri kahwin member baik aku, Nazuha.. member baik dari tingkatan 1 sampai masuk universiti..dan sampai sekarang masih keep in touch!! Tak rugi bersahabat dengan aku uols!! Kerana aku menghargai persahabatan!

umah Nazuha ni dekat Taman Seri Empangan, Ampang Jajar, Kedah.. ala.. dekat ajer dengan umah manknjang aku.. kira2 dalam 20minit perjalanan.. Yang bestnyer, umah member aku nie, sebelah-menyebelah ajer dengan Empangan Mada tue.. huish!! gayat jugak kalo hujan turun tak henti2.. nasib baik jugak aku sempat jumpa dia! maklumlah.. takut2 dia sibuk layan tetamu2 lain, keluarga sebelah hubby lai.. kengkawan mak abah dia.. anyway, Tahniah Nazuha!! Selamat Pengantin Baru kat hang and hubby.. Semoga Bahagia Ke Akhirat!! wow!! ganas ucapan aku kan?? hihi.. but i really meant it!!

Aku jugak nak ucapkan takziah kat hang sebab kehilangan mak sedara malam sebelum kenduri tue.. patutlah senyap-sunyi time aku sampai tue walaupun aku nampak orang/tetamu ramai jugak! aku simpati kat mak hang sebab kehilangan adik perempuan.. tentu berbelah bahagi kan perasaan waktu tue.. nak gembira lebih2 sebab terima menantu pun tak boleh sangat, nak terlalu bersedih pun tak boleh sangat! yang nie baru betul orang cakap perasaan bercampur-baur.. tetamu yang hadir pun turut sama berbelah bahagi.. nak bersembang2 sangat pun rasa cam bersalah ajerr... (nak gi tambah pun segan..huhu..yang ni kita off record ok!) simpati aku tengok mak hang yang merah mata dia time tue.. sampai aku pun dia tak kenal.. nasib baik lepas aku gitau aku nie member Nazuha dari Baling, terus dia ingat.. terus tanya mak aku datang sama ke tak... family nazuha nie, masa kenduri abang aku yang sulung diorang datang, kenduri aku pun diorang datang jugak!! memang kenal sangat dengan family aku!! hmmm... satu datang, satu pergi.. sukar betul nak terima hakikat macam tue.. kan?? Banyak2kanlah bersabar..

Berbalik kepada tajuk entry kali nie, sesampai kami kat umah maknjang, maknjang jamu kami sumer makan nasik dengan sambal tumbuk yang memang sedap!! then ada pulak dessert.. iaitu bubur roti kapal.. sedap memang sedap.. rasa aku, dah lama tak makan bubur nie.. maknjang aku cakap, paknjang aku mintak dia buatkan sebab teringin nak makan. Dulu, katanya arwah tok aku selalu buat bubur roti kapal.. hmmmm...... anyway, memang best arr gi tido umah maknjang! hehe..



Love: Unai :-)

6 komen:

  1. lorr tak ada gambar ka?..baru nak layan wajah pengantin baru! serba salah eh, g majlis kawen tp sblm tu ada berita menyedihkan..huhu..

    ReplyDelete
  2. memang nak tgkap gmbor bersama tapi, nak kuarkan kamera pun serebe salah haa... orang lain pun sonyap sunyi sajorkkk.. lai pun,pengantin dok kat luar (khemah).. payah lah ckit nak ajak bergambar.. lai pun, tengok mak abah dia pun masih bersedih lai.. memang orang selalu cakap, kalo orang tue kita sayang, macam2 halangan menerpa.. ada saja halangan.. betul tak??

    ReplyDelete
  3. mana bukti bubur roti kapal ni????

    ReplyDelete
  4. loh!! tak pcya ke? nak bukti tanyalah paknjang.. nak bukti gambo2 takder arr.. sebab tak snap pon!

    ReplyDelete
  5. khikhikhi.. lawak lak baca komen ari nie.. sorang tanya pasal bubur roti kapal, sorang tanya pasal sambal tumbuk.. hadoi!nyesal lak tak snap.. tak ingat langsung! sambal tumbuk tu ramuan dia macam nak buat air asam, tapi rupa dia tak cair macam air asam arr.. dia ala2 pejal gitu.. siap kita leh cecah dengan ulam2.. kalo air asam tu, dia cair kan?sebab taruk air asam jawa kan?sebab tu dipanggil air asam.. so berbezalah air asam dengan sambal tumbuk.. actually, masa naip entry tue, tak teringat nama glamor dia "SAMBAL BELACAN"!! so, sambal tumbuk tue sambal belacan arrr... hehe... sorry...

    ReplyDelete

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry