Showing posts with label share**info. Show all posts
Showing posts with label share**info. Show all posts

2010-11-01

selamat tinggal payslip biru!!

5 komen

PERHATIAN!! KEPADA SEMUA KAKITANGAN AWAM!

mulai bulan Oktober 2010, kita semua dah takkan dapat lai payslip biru cam selalu.. means, bulan 9/2010 adalah payslip biru kita yang last gomen bagi.. lepas ni, payslip kalo nak, cetak sendiri kat web ANM (akauntan negara malaysia).

aku dapat cerita ni pun daripada husben aku hari jumaat lepas.. baru hari ni berkesempatan chek sendiri kat web anm..

korang pun boleh try masuk web anm ni..

step.1
boleh klik kat button ataupun link yang aku tulis "klik sini" kaler ijau senget-senget tu..

step.2 and step.3
pastu, kena daftar dulu.. klik dekat link "Pertama Kali Mendaftar" (step.2)
kat sini, dia akan mintak no gaji yang 8 digit tu..
mintak kata laluan yang direka sendiri..
pastu boleh terus login (step.3)..

step.4
cam biasa, klik kat hijau-hijau, senget-senget tu..
kat sini leh dapatkan jugak penyata pendapatan tahunan..

step.5
pilih tahun, bulan dan klik cari..

dan, beginilah rupa payslip tu..
payslip bulan 11 belum boleh printout lagi, mungkin kena tunggu gaji masuk dulu agaknya..


p/s~ dengar cerita, gaji bulan 11 ni masuk 10hb..


Ping entry

My Ping in TotalPing.com