2012-09-01

berlakon ~ Mulanya Di Sini...


Awal tahun ni - 2012 masa aku kat tempat keja lama, ada krew-krew tv mai buat shooting.  Time tu adalah Hari Pendaftaran kemasukan pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9 Tahun 2012... krew tu duduk dalam seminggu buat shooting di kem... 


Al kisah, aku terpaksa kena 'berlakon' dalam citer ni... takda dialog rasmi sebaliknya dialog aku sendiri yang memang aku selalu cakap kat pelatih bila dorang mai melapor kat meja aku.  jadi takda masalah nak hafal dialog bagai la kan... berlakon pun dudok je.. muka pun tak tahu le nampak ke idok.. takpun just dengar sora jer.. memang patut tak dapat bayaran.
kalo nak tengok aku 'berlakon' tu silalah tengok tv... ;p
meh baca sikit sinopsis...
.
.
.

Mengetengahkan pelakon cantik, Miera Liyana di samping Zain Saidin, Abby Abadi, Rahim Omar dan Farid Wari, drama ini akan disiarkan mulai 30 Ogos ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.05 petang menerusi saluran TV1.

Kisah yang berkembang dengan watak Alya lakonan Miera Liyana, remaja daripada keluarga kaya yang hidup dengan dilimpahi segala kemewahan.


Alya bertuah kerana segala kehendaknya pasti ditunaikan keluarga. Akibat terlalu dimanjakan ibu bapanya, Alya tidak pernah melakukan kerja berat dan memberontak sekiranya kehendak hatinya tidak dipenuhi.


Konflik mula timbul selepas Alya tamat peperiksaan SPM dan ditawarkan menyertai kursus PLKN. Oleh kerana takut dipenjarakan, Alya terpaksa menjalani kursus itu walaupun dia langsung tidak berminat untuk menyertainya.

Sepanjang Alya berada

di PLKN, pelbagai masalah terpaksa diharungi dan dia banyak mempelajari erti kehidupan sebenar dan perubahan ketara dilihat ibu bapanya selepas Alya pulang daripada menyertai PLKN.


Dapatkah Miera Liyana menghayati watak yang berlainan daripada karakter dirinya yang sebenar? Apakah pula pengajaran yang bakal diperoleh golongan remaja dalam drama ini? Saksikan kesudahannya hanya di TV1.



3 komen:

  1. Hebat!!!!!
    Pelakon yg xperlu skrip...beruntungnya dpt masuk tivi :-)

    ReplyDelete
  2. Hehe time tu baru tgok sendiri camna keadaan 2,3 bijik kamera dok keliling...

    ReplyDelete
  3. wah... bolih polish bakat lakonan tu masa akan datang... jg kawan heroin ke.. hehehe

    ReplyDelete

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry