2010-10-21

mi udang

intro picture..
seminggu sebelum habis bulan syawal, opis husben aku ada buat pameran kat Sek.Men.Seri Balik Pulau. So,memandangkan masih dalam bulan Syawal time tu, husben ada mintak aku buatkan makan-makan untuk dijamu kengkawan dia!

actually, aku tak tahu jugak nak buat apa.. tetiba aku teringat makcik ngasuh zafri selalu buat mi udang time raya, so, aku pun ingat nak buat mi udang.. boleh mintak tolong makcik buatkan kuahnya..

so, ari jumaat tu, aku pun try google kat tenet amik resepi! memandangkan resepi dan bahan untuk kuah senang nak cari, so aku decide untuk buat sendiri kuah! berbeza dengan kuah makcik ngasuh zafri buat, makcik buat memang sedap giler! manis-manis udang gitu.. yang aku buat pulak, pedas-pedas gitu.. tak manis okey!! nanti kena mintak resepi kuah jugak dekat makcik! hihi

jadi, memikirkan, hari sabtu tu hanya aku sorang nak buat keje, so, mana-mana bahan yang boleh aku sediakan awal, aku sediakan.. jadi, takde lah penat sangat nanti..


**BAHAN-BAHAN SAMPINGAN - disediakan sehari lebih awal**

limau kasturi..

tauhu goreng..

cili merah dan hijau..

daun bawang dan daun sup

dah siap sediakan bahan-bahan sampingan untuk mi, aku boleh lah rileks-rileks dan pikir sambil bayang-bayang camna nak buat kuah besok.. disebabkan semua bahan-bahan ni aku dah sediakan, so, kepala takde lah rasa berat sangat memikirkan stamina yang nak dicurahkan esok.. yelah, husben pun takde kat umah..dia pun kena ada kat pameran tuu..

BAHAN KUAH - disediakan pada pagi Sabtu
gambar atas - campuran sos cili,sos tomato dan sos tiram
gambar bawah - udang yang telah dibuang ekor dan kepala

gambar atas - tak ingat lak..
gambar bawah - ekor dan kepala udang yang telah diblend

M.E.E . . U.D.A.N.G

syukur alhamdulillah... menjadi jugak kuah mi udang yang aku buat.. paling best bila tengok pinggan kengkawan husben aku tu licin takde kuah! hihi! terasa lebih semangat nak buat lain kali!

aku kalo buat makan-makan, dan orang pun makan habis, memang rasa seronok nak buat lagi! husben pun takde komplen kuah masin ke, ape ke.. kira ok lah kan? mulalah berangan nak buat mi udang time raya.. hihi..

0 komen:

Post a Comment

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry

My Ping in TotalPing.com