2010-10-14

berblogging dari meja sebelah..



sudah 2 hari termasuk hari ini aku tak dapat nak online kat laptop sendiri.. semua gara-gara laptop aku yang telah diserang virus-virus sehingga nak buka Google Chrome pun takleh! Nak bukak fail-fail apa lagi! ada 31 threats! adoii!! nasib baik fail pejabat aku simpan dalam D. Tapi ada jugak fail kecik-kecik kes nak buat keje cepat aku simpan dekat desktop aje.. tak simpan lai kat D..

bila nak buang 'threat' aje, terus naik 'Security Tool' suruh aku beli lesen.. tapi husben aku cakap tak payah buat apa-apa..

semalam petang time masalah tersebut menimpa (ayat skema), aku dah gitau kat husben aku suruh tolong tengok-tengokkan, so, malam tadi dia kata dia nak tengok-tengokkan tu pun kalo rajin, walaupun ayat tersebut agak hampeh, tapi aku berharap jugak.. tapi Muhammad Zafri tu tido lambat lak.. kul12 baru mau tido sambil kejap-kejap nyanyi lagu 'Uuuu... Ayamas!' ; gara-gara aku suka tengok channel 703 rancangan Best Wan! hmmm... husben aku pun dah tido jugak.. kesian lak aku nak kejutkan apatah lagi setelah kudengar bunyi dengkur yang menenangkan..

oh tuhan... selamatkanlah laptop ku.. baru beli jer tu..

0 komen:

Post a Comment

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry