2010-09-30

Tapai Tok Peáh


'tapai' Tok Pe'ah Utan Aji

tak tau lah pulak aku apa nama sebenar mak mertua makcik husben aku, tapi yang pastinya, orang tua tu kompom akan buat tapai setiap kali menjelang lebaran.. means, kalo nak makan tapai, kena pi umah makcik aku beraya.. Kalo pi umah makcik aku beraya, dapat makan tapai.. jadi tapai dan Makcik Ri tak dapat dipisah-pisahkan.. kalo dipisah-pisahkan, makanya aku pun tak tahu.. :-p

diorang cakap ada satu dua pantang larang dalam proses nak buat tapai. Tapi yang paling aku ingat, kalo ada sesiapa yang menegur si pembuat tapai ketika si pembuat tapai tengah mengambil daun pisang atau daun keladi, maka tapai nanti takkan menjadi! Si pembuat tapai jugak mestilah suci dari hadas besar.. kalo tak, tak menjadi jugak!!

gitulah ceritanya bagi tapai made in Perlis,.. kalo kat tempat lain mungkin ada pantang-larang lain?

wallahualam..

p/s: AWAS! air ala-ala kaler hijau dalam gelas tu bukan air jimi asmara k!!

2 komen:

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry