2010-09-30

pantai BTN


picture intro..

adik bongsu siap bawak topi.. nak jalan-jalan di pesisiran pantai katanya..
padahal topi tu abang aku yang punya! orang lain bawak, orang lain pakai!! hahaha!

lepas hantar abgNi naik flight malam tu, mak, adik dan abg Sham satu family tido umah aku. Dah tak ingat pulak udah berapa kali depa mai tido sini.. adik aku jangan cakaplah! berkali-kali! terutamanya time lepas dia habis SPM dulu, asal husben aku gi outstation je, mesti aku import adik aku tido umah.. kalo tak, jawabnya mandi kul 11, 1130 lerr sebab zafri takut aku tinggal dia sorang2! tapi sekarang tidak lagi,anak dah besar.. dah takder takut2 dah.. boleh mandi macam anak dara! berejam-rejam (berjam-jam) dalam bilik air memutihkan badan dan menggebukan kulit.. hihi.. gurau jerlah! mana leh mandi macam dulu dah.. tonyoh sana, tonyoh sini, buang daki, buang itam2 sana-sini! bahaya tinggal anak sorang2!! jangan buat gitu hokey!!

Esoknya, husben dengan abgSham aku kuar gi beli ikan2 segar, ayam, dan jugak cili2 untuk buat berkelah. Punye lah lama pegi cari ikan, kul12 baru balik umah! cari ikan ke cari awek?? ke gi minum2 dulu, borak2 kat kedai simpang Ampat tu? huh!! (aiik,marah betul2 ke ni??) Lokasi tak planning lai sebab terlalu banyak sangat tempat-tempat best kat penang ni. Kakak ipar aku yang memang dah praktis menu perap2 ni pun tunjuk skill dia lai sekali! muahahaha! air asam, siang ikan sume mak buat. aku buat air gula! bijak!!

tengah siap2 sume, mak aku cakap pegi yang dekat-dekat dah ler! aku kalo boleh nak gi yang jauh2.. tapi memandangkan jam pun dah 12lebih, jadi kami ingat nak pergi tengok dulu pantai terdekat dengan umah, nasib baik orang tak ramai,, boleh parking dan buat macam pantai sendiri! lokasinya adalah pantai BTN di pasir panjang, Pulau Betong.

gigih! abg Sham sebenarnya memang pandai masak! masa aku sekolah rendah dulu selalu rasa sambal ikan bilis dia buat! bubuh santan.. sedap!! aku sampai sekarang tak berani nak buat sambal ikan bilis bubuh santan! takut tak jadi!

hazam membakar lai untuk kesekian kalinya.. like father like son.. hihihi..

ayam perap sedang dibakar. ikan perap dah masuk pinggan..

hasilnya... uppsss! hangit ckit.. hahahaha!

air asam mak buat. hujung tu sardin, aku buat.. balance makan sandwich pagi tadi..


lepas mandi, naik makan!

pakat-pakat makan!

amboi makan tak ajak bini no!!

mak mcm biasa tak makan banyak..

makan atas batu. cam best jer..

lepas sudah makan nasik, husben aku layan anak makan sunkist pulak!

lepas makan-makan, depa ni turun gi mandi lagi sekali! abang aku yang memula dok kata panas-panas, dan dok heran macam mana anak-anak dengan bini dia boleh gi mandi kat pantai tu akhirnya kelibat dia pun ada sama kat situ! husben aku pun sama.. mujurlah anak aku tak mau gi mandi pantai sama.. aku takut dia demam nanti.. nasib baiklah ada anak bongsu abang aku, si hariz yang takmo mandi pantai sebab katanya takut hantu.. bolehlah diorang main berdua kat atas ni dengan aku sambil tunggu lauk-lauk yang tengah dibakar ni dengan mak.

lepas dah tak larat mandi, husben aku pun naik ke pantai tukar baju biru pulak.. anak aku pun dah ngantuk dah time tu, sebab dah kul3 lebih. lagipun abang aku bawak anak dia gi mandi pantai sekali lepas tu.. jadi, anak aku pun cepatlah ngantuknya sebab takde member nak ajak main sama-sama..


sekian...

pssttt... gambar intro kat atas tu bukan kaki aku, tapi kakak ipar aku, kak sumanti yang awal-awal lagi dah kumpul pasir dalam seluar track! hehe..



0 komen:

Post a Comment

tenkiu untuk komen2 best!!

Ping entry